Pages

Wednesday, June 30, 2010

Bercuti di Afrika Selatan

Ingat tak pengalaman anda pergi ke Cameron Highland atau Genting Highland? Sejuk kan. Suhu kedua-dua tempat tu ialah dalam 16 darjah celcius. Teringat saya pertama kali naik Cameron Highland, siap pakai jaket. Masa ronda-ronda sampai ternaik Genting pon saya rasa bernasib-baik kerana ada jaket dalam kereta. Sejuk woo..

Terfikir juga saya ingin bercuti ke negara panas Afrika. Selalu keluar kat drama cerita bisnes sampai ke Cape Town, Afrika Selatan. Nampak macam best lak tempat tu. Walaupun panas, tapi pemandangan cantik dan bisnes pon boleh jalan kat sana...

Afrika terkenal dengan kawasan panas sebab kita selalu tengok National Geographic dokumentari haiwan di kawasan kemarau dan kering. Mungkin juga seluruh Afrika adalah panas. Tanpa mengingatkan peta, saya agak Afrika Selatan beriklim khatulistiwa, macam Malaysia (mencecah 34 darjah celcius, malam boleh serendah 25 darjah celcius).

Tapi sempena Piala Dunia 2010 ni, semasa saya tengok perlawanan bola, saya lihat keadaan stadium dan padang seperti di negara-negara sejuk Eropah. Malah ada yang pakai jaket tebal sama kat Eropah. Maka saya pon search 'south africa temperature'.

Rupa-rupanya bulan Jun hingga Ogos adalah tempoh masa suhu paling rendah Afrika Selatan. Pada tempoh ini, suhu di sana mencecah serendah 7 darjah celsius!! Malah, suhu paling tinggi adalah sekitar Disember hingga Februari iaitu sekitar 30 darjah celcius sahaja!! Afrika..Afrika khatulistiwa tapi sejuk!


Cemburu ke? Afrika Selatan juga bukan beriklim khatulistiwa. Ini membuatkan saya semakin berkobar-kobar nak bercuti di sana XD

Duit Makan Gaji

Rezeki bukan sahaja datang melalui bisnes tetapi datang daripada pelbagai sumber. Rezeki di sini saya maksudkan Duit.

Saya masih lagi bekerja, dapat duit dengan makan gaji. Saya bekerja sebagai Jurutera di Tenaga Naional Berhad (TNB). Tapi gaji sebagai engineer TNB bukanlah banyak pon.

TNB juga memberi pelbagai elaun dan faedah kepada staffnya mengikut ranking. Sebagai jurutera berpangkat paling junior maka elaun dan faedah yang saya dapat pon ialah yang paling 'junior'.

Nilai Duit Makan Gaji ni sebenarnya bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. CEO je kaya. Malah, rumours mengatakan bahawa CEO TNB pon bergaji + elaun dan faedah yang berjumlah dalam lingkungan RM1,000,000 per tahun.

Tapi saya berimpian untuk mencapai pendapatan angka sebegitu dalam beberapa tahun lagi, pada usia yang agak muda ni... Dengan Duit Makan Gaji ni ia seperti mustahil!

Ada Twitter Di Sini!

Last-last saya letak twitter tu kat blog ni je.. ok la tu..

Follow me on Twitter!

Pening dengan Twitter? Follow saya di Twitter nanti apa yang saya dapat tolong, saya tolong di sana. Saya pun baru belajar Twitter! Masih banyak tak tahu.

Tuesday, June 29, 2010

Twitter dan Facebook Badge

Tadi aku test add Twitter dan Facebook Badge kat letslimdiet2.blogspot.

Yang Twitter tu nye window nampak cantik dan menarik perhatian. Tp aku rasa ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan Twitter terus klik link untuk ke web Twitter. Ini boleh datang susah..

Yang fb badge tu lak bila aku letak, hanya nama aku je keluar dan link utk create badge. langsung tak cantik. tp aku pernah nampak fb badge kat blog orang lain nampak cam menarik je. agaknye aku kena study sket penggunaannya..

Jadi, buat masa ni aku dah remove kedua-dua gadjet tersebut... mungkin pada suatu hari nanti aku letak semula sbb kedua-duanya mmg menarik. tp kena pastikan blog aku dah kuat dulu..sekarang ni pembaca cuma aku sorang je..

Monday, June 21, 2010