Pages

Sunday, July 25, 2010

The New Professionals Training Kedua

Seperti yang saya post hari tu, 25 Julai 2010 ada event. Hari ini hari yang penting. Kenapa penting sebab hari ni ada The New Professionals Training yang kedua. Training ini adalah untuk perniagaan saya di letslimdiet2.blogspot.

Training pertama bulan lepas saya tidak dapat pergi atas sebab-sebab tertentu. Banyak perkara saya terlepas. Jadi untuk bulan ini saya akhirnya dapat p gak..insyaAllah.

Training ini dianjurkan oleh para upline dalam NZ New Image. Ia diadakan di Plenary Theater, KLCC. Mereka bersama-sama keluarkan duit sewa tempat tersebut untuk kami para pengedar. Tempat tersebut adalah tempat yang sama dengan training pertama tapi kali ini diadakan pagi hingga petang.

Untuk pengetahuan anda, bayaran di KLCC adalah sangat mahal. Nanti jika berkesempatan saya postkan harganya. Saya dengar-dengar oleh kerana harga yang tinggi itu, tiada pihak yang sewa tempat itu setiap bulan. Ia adalah tempat persidangan antarabangsa diadakan. Bagaimanapun, ia kini menjadi tempat para pengedar Slim Diet 2 dan Alpha Lipid Lifeline berhimpun dan belajar, setiap bulan.

Dengar cerita, dalam The New Professionals Training ini nanti akan diperkenalkan sebuah sistem yang dapat membantu para pengedar dalam perniagaan ini. Sistem ini dikatakan sangat berkesan sehingga sifu en Nik Hafiz begitu yakin untuk melahirkan 500 Ruby pada akhir tahun ini. Untuk Ruby, pendapatan adalah sekitar RM5000 hingga RM8000 sebulan, boleh dilakukan secara part-time.

Mudah-mudahan diberkati. Saya juga faham bahawa ia bukan jaminan kejayaan tapi sekurang-kurangnya usaha ke arah itu sentiasa dilakukan. Ilmu tanpa amal memang tidak membawa keuntungan. Pergi nanti dengan harapan dapat belajar sebanyak-banyaknya dan bawa pulang sebanyak-banyak ilmu untuk diulangkaji dan diamalkan.

Kali ini acara akan bermula pada jam 11pg dan ada lunch break jam 1tgh - 230ptg. Kemudian di sambung pula hingga jam 5ptg. Kali pertama hari itu diadakan pada waktu petang sahaja. Mungkin hari tu compact sangat atau ada yang tidak sempat disampaikan jadi ditambah dari pagi hingga petang.

Kenapa training ini dinamakan The New Professionals Training akan difahami nanti.

nuffnang

nuffnang.. betul ke eja macam ni? xpelah asalkan bunyi dia dah sama ok la tu..

Aku tengok, banyak blog yang letak nuffnang ni. Sebenarnya aku xfaham pon apa benda tu tp dia memang boleh bagi duit. Macama mana boleh dapat aku pon xpasti. Aku rasa setiap kali ada orang klik, setiap kali tu la dapat duit, kot. Cuma amaun setiap klik tu xbanyak.

Aku rasa kalau per klik dapat RM0.10, nak tunggu 100 klik dalam sebulan tu susah gak. Tu pon cuma RM10 je. Klu letak RM0.20 per klik, dengan 100 orang klik sebulan pon hanya dapat RM20 je.

Bagaimanapon nuffnang ni popular. Ye lah, letak sahaja di blog dengan harapan diklik orang. Mungkin boleh buat promosi sket untuk orang klik di situ. Untung-untung dapat RM20 - RM30 sebulan boleh la lepas duit jajan.

Tu aku agak-agak je. Mungkin amaun per klik adalah lebih tinggi daripada tu. Mungkin gak pendapatan sebulan boleh dapat RM100 - RM200 atau lebih hingga beribu-ribu RM. Tapi buat masa ni aku belum fikir nak letak ia lagi.

Walaupun boleh dapat duit dengannya tapi untuk Tenun Impian aku rasa nuffnang bukan la caranya. Untuk duit poket memang boleh dan disyorkan tapi untuk dapat ribu-ribu RM aku rasa tidak logik kurang berbaloi dengan usaha dan masa yang dilaburkan untuk mendapatkan ribu-ribu klik per bulan.

Suka plak aku boldkan dan kalerkan tulisan nuffnang ni.. Agaknye satu hari nanti aku letak nuffnang jugak. Duit tetap duit. Hehehehehe..

Tuesday, July 20, 2010

test posting 1 2 3

test posting..1 2 3

Aku dan Blog

Aku ada 4 blog buat masa ni. Asalnya hendak buat 1 je tapi sekarang dah jadi 4 pulak. Daripada tidak minat dengan blog, sekarang ni hari-hari bukak blog sendiri dan blog-blog rakan-rakan.

Blog pertama aku ialah blog ini iaitu Tenun Impian. Blog ini dibuat pada September 2009. Masa tu ia dibuat saje-saje je. Masa tu baru join NZ New Image dan Hyprobulksms. Kononnya nak catat perjalanan menuju puncak kejayaan. Tapi lama-kelamaan aku fikir ada eloknya jika blog ini dijadikan juga sebagai blog 'baris hadapan' kepada bis-bis aku. - tenunimpian.blogspot

Blog kedua aku buat khas untuk produk terbaru New Image iaitu Slim Diet 2 dan Aplha Lipid. Aku rasa dengan buat blog ni, aku dapat promot produk aku tanpa jumpa orang. Masa tu jugak, aku nak cuba try bisnes MLM secara online kerana kelemahan aku ialah tidak pandai berkata-kata dan paling susah ialah tidak pandai membuat appointment. - letslimdiet2.blospot

Blog ketiga aku ialah khas untuk Hyprobulksms. Bisnes ini adalah bisnes online dan ialah affiliate bis. Boleh juga dijalankan secara offline jika hendak berjumpa prospek. Tapi disebabkan produknya adalah produk online, closing boleh dilakukan secara online juga. Jadi aku buat blog itu dengan harapan dapat promosikan link affiliate hyprobulk aku tu.- let-hyprobulksms.blogspot

Blog keempat aku baru sahaja dibuat semalam. Blog ini adalah sebagai diari aku sahaja. Itu yang aku rancangkan sekarang. Tapi mana tau satu hari nanti aku publishkan blog tu. Mungkin bila aku dah berjaya nanti jika hendak buat buku biografi mana lagi maklumat yang boleh dicari melainkan salah satunya adalah blog keempat aku tu.. Hari ini ia diari.

Setelah buat seketika berblog, aku dapati bahawa blog ini adalah Tools yang sangat power. Tak kira apa tujuan sesebuah blog tapi blog dapat mempromosikan apa-apa sahaja tulisan penulis secara global dan cepat. Apalagi untuk bisnes, blog dapat memainkan peranan yang besar dalam kejayaan sesebuah bisnes. Blog seumpama tentera baris hadapan untuk menambah kenalan dan contacts.

Semua blog aku ditulis dengan Blogger. Aku tak pandai lagi berblog-blog ni cuma setakat hari ini, inilah yang mampu aku buat. Aku selalu juga jumpa blog Wordpress dan banyak juga jumpa page yang menerangkan How To untuk Wordpress. Yang aku tahu, Blogger free je. Tapi aku tak tahu samada Wordpress tu berbayar atau tidak, belum explore lagi. 

Setelah aku terlibat dengan blog, aku dapati bahawa aku dapat keep track segala perancangan aku..juga dapat mengawal aku agar tidak terpesong dari matlamat asal. Dengan baca semula post-post yang lepas, semakin lama semakin aku dapat memperjelaskan matlamat, perancangan dan perkara-perkara penting dalam aktiviti-aktiviti harian aku.

Berblog juga memakan masa dan tenaga. Tapi demi impian aku, aku teruskan usaha berblog. Semoga usaha aku di sini tidak sia-sia malah memberi pulangan yang aku harapkan.

Thursday, July 15, 2010

Tips Menjaga Kereta oleh Ruslie Sophian

Tadi saya baca blog rakan mengenai penjagaan kereta. Tips2 asas dan boleh dilakukan oleh beginner pon sebenarnya dapat mengelakkan perkara buruk seperti enjin over heated dan lain-lain. Anda boleh baca post tersebut di rusliesophian.com.

Saya tak nak disebabkan talian-talian hayat yang tidak dilakukan boleh menjadi punca kerugian yang besar nanti. Seperti cerita rakan saudara Ruslie tadi, kalau kena pulak kat kita memang xbest langsung.

Dah la beli kereta tu mahal, sekali rosak pulak. Terus harga kereta tu jatuh lagi.. Sama juga dengan motor. Jadi mulai sekarang, talian hayat kenderaan sendiri mesti digunakan. Lebih baik mencegah daripada mengubati.

Nampaknya kereta dan motor saya pon lama xdiservis tu. Sebenarnya nak save la konon tapi ia bukan amalan orang yang arif duit dan juga ia berupaya mendatangkan kerugian yang lagi besar dan naya ;) Terima kasih kepada info Talian Hayat beliau.

Wednesday, July 14, 2010

Training bisnes SD2 dan Alpha Lipid

Seperti yang saya katakan di Twitter semalam, ini lah dia post mengenai training tersebut.

Malam td saya pergi training bisnes SD2 dan Alpha Lipid. Training ni diadakan pada setiap hari Selasa di pejabat NZ New Image, dan ia percuma. Sesi ini bermula pada jam 9 malam dan berakhir dalam pukul 11 lebih. Memang agak lama tapi tak seperti kuliah, training ini begitu seronok sehingga tak perasan masa berlalu. Syarikat telah membenarkan leader-leader menggunakan sebahagian daripada ruang pejabat (dewan seminar, lobi, pantry dan tandas) untuk sesi ini. (
Read More...at letslimdiet2)

Sunday, July 11, 2010

Tukar Link

Selamat Sejahtera kepada para pembaca yang budiman.

Jom bertukar link di sini. Apa yang perlu anda buat ialah:

1. Letak link blog saya (http://tenunimpian.blogspot.com) ke blog / web anda
2. Klik dan beritahu saya di Sini bahawa link blog saya telah diletak di blog / web anda.

Done!


Saya akan check dulu. Jika blog saya dah run di blog / web anda, baru saya linkkan anda pula. Sebagai tambahan pula, saya akan RSS Feed anda di Google Reader saya. Link Exchanged!

Saya ucapkan banyak-banyak terima kasih :)

Saturday, July 10, 2010

BMW di Quill Automobiles Sdn Bhd

Semalam setelah beberapa kali tertangguh akhirnya dapat gak saya p Quill Automobiles Sdn Bhd, PJ. Terletak kat ngn area Seksyen 14 di bangunan baru bernama Quill 9, kedai mewah ni telah buatkan saya ngn member terasa sket malu-malu kucing semasa mula nak masuk pintu utama tu. Selepas masuk, sambil jalan sambil senyum penuh yakin kat kakak kaunter tu (mesti buat-buat yakin, klu xnak dia pandang sebelah mata je ;p)

Kedai ni adalah 4S Center BMW baru. 4S adalah singkatan bagi Sales, Service, System and Spare Parts. Senang cakap ia adalah kedai BMW. Kat kedai ni, selain ditawarkan kereta-kereta BMW baru tapi juga second hand melalui program BMW Premium Selection.

Jadi, apa yang saya buat kat kedai ni? Mestilah p usya-usya BMW dan dapatkan beberapa maklumat pembelian. Pertama sekali yang saya tengok ialah X6 baru. Ada 1 je di situ dan kaler maroon. X6 memang sah-sah mahal tapi disebabkan ia paling dekat dengan laluan saya jadi saya tersangkut kat situ dulu.

Selepas tu, saya tengok pelbagai jenis siri BMW seperti 1 series, 3 series dan 5 series. Juga ada sebuah model M3 baru, yang nampak jahat tu dan kaler putih. Yang mana menarik perhatian, saya tengok lama sket. Menyentuh kereta-kereta tu buat tambah geram je.

Dah tu, pas berlegar-legar kat area kereta-kereta baru, kitorang p kat area Premium Selection lak. Di sini baru la ada 7 series. Banyak kereta-kereta second hand kat situ termasuk la klu tak silap saya sebuah Z4 Roadster berkaler silver.

Pastu kitorang patah balik ke area kereta baru semula. Tengok-tengok lagi dan saya pun mula Tenun Impian dan mula membuat 'niche', masa untuk touch-up lagi impian. Hehe. Sambil-sambil berangan tu, setelah dapat beberapa flyer saya pon p ke area konsultansi.

Lupa plak nak tanya sapa nama apek tu tapi dia memberi penerangan dan jawapan yang jelas dan menyejukkan hati. Maksudnya layanan terhadap anak-anak muda yang ntah mampu atau tak yang datang melawat ni, dia tidak sombong, tidak begitu sombong sebenarnya hehehe. Saya nak tahu bayaran beli BMW daripadanya.

Menurutnya, semua kereta baru boleh dibeli dengan keperluan minimum bayaran muka 10% dan ikat selama 9 tahun. Seingat saya semua loan BMW di situ adalah dengan interest 3% setahun (3% sahaja, dan ia kereta import ok) untuk kereta idaman sedunia ini. Beliau juga menjawab soalan terhadap kualiti kereta Premium Selection iaitu kualitinya depends on pengguna lepas. Tapi saya berminat terhadap kereta baru, alang-alang berangan.

Setelah mendapat jawapan kepada beberapa persoalan yang selama ni bermain kat kepala, kitorang pon balik. Akhir sekali, saya pergi ke mesin tiket, bayar RM3 (bayaran 2 jam pertama) dan beredar dari situ dengan harapan dan debaran baru :) Rupanya bayaran beli BMW ni tidak seperti nak memetik bintang! Next, kami plan nak pergi ke showroom Mercedes-Benz pula sebelum usya-usya Type-R dan Evo nanti.

Wednesday, July 7, 2010

The New Professionals Training

25 Julai 2010 ni ada The New Professionals Training. Dalam training ni, akan dikenalkan tentang 1 sistem perniagaan untuk bisnes Slim Diet 2 dan Alpha Lipid Lifeline. Ia akan diadakan di Kuala Lumpur Convetion Centre, KLCC. Ini adalah training untuk MLM, jadi konsep dan isi training ni mesti sesuai dengan berbagai-bagai syarikat MLM yang lain. (Read More... di letslimdiet2)

Monday, July 5, 2010

"Masalah tak fokus - permudahkan hidup kita setiap hari", Irfan Khairi


Tadi saya baca Tips Irfan Khairi bertajuk 'Masalah tak fokus - permudahkan hidup kita setiap hari'. Beliau berkata, "Fokuskan kepada apa yang anda tulis sahaja. Pada kertas tersebut, sebolehnya hanya mengandungi 3 kerja besar yang perlu anda lakukan hari ini. 3 kerja sederhana dan 3 kerja kecil untuk hari ini".

Memang masalah kalu perkara2 yang diplan tapi tak buat. Saya tulis plan dalam Microsoft Outlook dan handphone. Tapi susah betul nak ikut plan tu. Ada sahaja benda yang menghalang (alasan sebenar ialah BERTANGGUH).

Mungkin jika tulis plan dalam notepad sebenar, yang boleh dipegang dan diconteng, lebih mudah idea, planning dan edit plan dicatatkan. Jika nak bertangguh pun, seperti reminder plak bila dapat pegang notepad tu.