Pages

Monday, June 20, 2011

Apa Nak Dikata..

 
Engkaulah emas engkau permata
Aku cuma macam ni saja
Aku mahu bertemankan hidup
Dengan hati ikhlas mulia
Jangan melihatkan gaya
Nanti kita 'kan berdamai

Ukuran baju badan sendiri
Kita tepuk dada ini
Jika dah nasib kita jodoh
Gunung tak lari ke mana
Apa nak kisah mahu hidup
Asal hati baik mulia
Kalau dah memang jadi mungkin
Apa lagi nak dikata

kadang2 kita rasa cinta kita tak berbalas... 




credit to:
apa nak dikata by xpdc
pantai tanjung balau by google :)

Tuesday, June 7, 2011

besok nak kerja..

hampir setiap malam saya memikirkan benda ni.."besok nak kerja".. haha.. boring giler.

korg selalu tak fikir benda yang sama? seronok ke?

atau buat2 seronok?

pergi kerja ke, kerja ke, agaknye ramai antara kita yang buat2 seronok je. yang seronok dilakukan ialah hobi ke, jalan2 ke, buat benda2 yang disukai ke. tapi pergi kerja seronok? tu alasan je kot untuk sedapkan hati pergi kerja..

biar hujan ribut pun pagi tu, kedatangan ke ofis mesti tepat. giloss.

tapi mungkin ada yang betul2 yang seronok pergi kerja. kenapa ek? pasal periuk nasik ke? atau kerja tu memang diminati?


atau hati tu dah dilatih untuk sukakan kerja tu.. sian pulak kat orang2 camni sbb terpaksa.. omputih kata pathetic. apa la, kerja tu bukannye hobi tapi boleh pulak dilatih supaya sukakannye. semata2 untuk jaga hati supaya boleh terus bekerja.

cubicle = jail.. betul ke? tapi kat jail time waktu makan pun makan free.. kui3..

saya pun menganggap diri sendiri pathetic jugak..walaupun xseronok pun rasanya duk kat ofis tu..lg la pathetic pathetic. haha..

erk dah pukul 12.20 dah. ok lah, nak main facebook jap. pastu nak tido, besok nak kerja..

#$&*@#*@&#(#&

ahhh besok pagi nak p main bowling.. mimpi. haha

p.s: dalam mencari gambo yang sesuai nak insert kat sini, saya terjumpa gambo kat atas tu, i love my job tu..sekali bila tengok page asal gambo tu, adalah dari sebuah post yang lebih kurang isinya mengenai topik ni jugak.. haha.. ni link blog yang ada gambo tu http://www.sabreehussin.com/motivasi/dilema-alam-pekerjaan/