Pages

Wednesday, March 15, 2017

Dua Game Dah Habis Main, Tikus Masih Berlari

Final Fantasy XV (FFXV) dan Resident Evil 7 (RE7) adalah game-game yang baru je saya habis main di PS4. Kedua-dua game ni memang best dan jika ada masa nak repeat dan dapatkan apa yg masih tertinggal seperti collectibles dan achievements.

Ok. Warning. Spoilers Alert.

FFXV dibeli dalam dua minggu selepas pelancarannya. Ngam-ngam timing cuti akhir tahun yg perlu dihabiskan selama dua minggu. Jadi dua minggu ni balun main FFXV je. Kejap je dah 50 jam, 60 jam, 70 jam dan ending. Pastu boleh lepas ending, dia unlock Umbra untuk 'back to the future' sket. Caranya ialah selepas ending, player boleh kembali ke masa-masa lalu. Dengan adanye si Umbra ni, player boleh main pada waktu yg lepas utk buat apa-apa yang tertinggal. Tapi boleh explore Lucian (peta utama) dan Accordian (Altissa) shj. Yg ni lah yg lama ni. Dari ending dalam lingkungan 70 jam, sampai last main hari tu dah 160 jam lebih, semua Achievement berjaya dapat 100% tapi masih belum dapat collect semua collectibles. Punya lah banyak nanti kalau berkesempatan saya nk buat satu post mengenainya. Sekarang yang paling nampak masih lopong lagi ialah koleksi ikan. Ada 100 jenis ikan yang boleh dipancing. Yg dah dapat cuma 71 jenis sahaja termasuk ikan Noble Arapaima melalui side quest Gladiolus dan Angler's Nightmare di Galdin Quay. Ada 29 jenis ikan lagi! Yg lain-lain seperti Chocobo punya koleksi warna dan pingat, semua jenis upgrade dan mod utk Regalia dan yg kecik-kecik yg lain. Untuk recipe, sy dah dapat semua kecuali tiga recipe yg tertinggal masa sebelum main Holiday Pack dan download DLC 4.05. Holiday Pack ni dah download pd awal waktunya tp tak pernah main sebab tak tau kena install pulak. Jadi masa sy install tu, tempoh main Holiday Pack tinggal dalam 3 4 hari je kot gitu. Dia bagi tempoh sebulan je. Bagaimanapun sempat la dapatkan semua collectibles kecuali yg berbayar punya lah iaitu baju Mexico dan beberapa benda lain seperti senjata kot dan lain-lain. Dalam Holiday Pack ni, boleh dapat dua recipe lagi. Yg terakhir tu sebenarnya sy terlepas masa di Chapter 13 iaitu selepas battle Leviathan dan perlu camp di Niflhelm (tempat lawan Marboro). Tp tak camp masa tu. Dah terlepas. Recipe ni namanya Chilled Food Tin. Tapi sy terasa sedikit kecewa bila versi 4.05 beri secara percuma je terus ada dalam list recipe. Sy dah terfikir utk dapatkannya semasa New Game + (NG+). Takpe lah, ucapkan thank you dan recipe saya complete. Lagi yg belum dibuat ialah kesemua vaults!!! Satu pon tak explore lagi. Ada lapan vaults kot setiap satu jikalau tak silap lah baca dulu ada sekurang-kurangnya 100 tingkat. Cakap pasal vaults, teringat satu optional dungeon ni namanya Pitioss Dungeon. Masa sy main hari tu, straight 5-6 jam tanpa walkthrough. Dalam tu tiada save, kena teruskan, tu lah sampai lama mcm tu. Bila success dungeon ni, dapatlah keluar terus konfiden terus balik ke Regalia. Terus je flight. Terus main-main, landing, crash, game over. Bila load balik, dia load di pintu masuk Pitioss tadi. Belum masuk pon. 5-6 jam sia-sia je. Dah malas nak masuk, ntah bila nak masuk balik. Tapi kalau masuk balik senang je sebab dah tau kat dalam tu. Apa lagi ek.. ada lagi beberapa benda.. nanti lah masukkan sekali dalam post baru tu. Adoi la bila la nak habiskan semua ni.

Resident Evil 7. Wuuuu. Macam berdebar-debar je nak main kan. Memang pon. Siap ketakutan lagi tu. Terbaik lah game ni. Dah beli pada hari launch atau hari kedua ketiga gitu. Malam tu main, Normal difficulty. Main sikit terus rasa uneasy, terus tak main. Sementara tu main FFXV usaha dapatkan collectibles. Tapi last-last beranikan diri main je RE7 ni. Sambung last save point yg mula-mula main sikit tu. Tempoh main 18.56 jam gitu berjaya sampai ending. Ada dua ending. Sy dapat good ending. Tak sanggup buat pilihan utk ending satu lagi tu, tengok-tengok kat internet ending satu lagi tu bad ending.. lebih tepat lg sad ending! xpe lah x rasa pon takpe, baca je bad ending tu kat internet je lah. Lepas ending tu, dia unlock Madhouse, diffiiculty paling mad!. Sy belum main lagi sejak ending hari tu. Ada lah tadi saje main save file Mia dalam kapal. Nak try ambil machine gun yg tertinggal masa gameplay. Dah baca internet dah. Jadi senang je dah sampai almari machine gun tu. Tp molded datang, cakar-cakar, You Died. Load balik, dah tak fokus, kejap je baru main dah You Died dengan serangan molded di bilik pertama lagi. Terus tutup. Lepas ni nak main Madhouse punya level. Dapat Albert 01R masa ending jd rasanya boleh kot redah Madhouse. Kena banyak load la nanti, tu confirm punya. Jika dah habis Madhouse, dia akan unlock infinity ammo kot? Masa tu nak main Easy difficulty untuk Just Get Me Outta Here achievement iaitu gameplay dari mula sampai ending bawah 4 jam. Dan jikalau boleh, try dapatkan Resource Manager achievement iaitu tidak boleh buka Item Box lebih daripada tiga kali! Dan jikalau boleh lagi, nak terus sapu Walk It Off achievement iaitu tidak boleh guna lebih daripada tiga First Aid Med! Nasi baik yg bagusnya Herbs tidak dicount. Fuhhh.. Jadi ada tiga achievement ni. Kalau tak boleh sapu semua dalam satu gameplay, mungkin kena buat dua kali gameplay atau main je tiga kali. Achievement yg lain-lain nampaknye tidak sesusah yg tiga ni. Boleh diusahakan sebab tak susah sangat nampaknye (tak macam Batman: Arkham Knight punya achievement bapak susah dan banyak gila mmg sy tak akan buat 100%. Fikir-fikir lain la kalau dah kaya tak g ofis leh la kot kalau-kalau nak try..tp susah sangat dan time consuming sangat-sangat-sangat, sy surrender). Jadi RE7 akan diusahakan utk 100% achievement.

Selepas ending RE7 dan FFXV, rasanya cukuplah kot buat masa ni. Achievements yg belum dapat tu akan diusahakan juga nanti. InsyaAllah. Tapi memandangkan telah hampir empat bulan saya keluarkan PS4 dari kotaknya dalam setor tu sejak nak main FFXV sampai main RE7 ni. Dua-dua pn dah main sampai ending kan. Forex lama dah ditinggalkan. Banyak dah masa berlalu tanpa sebarang pulangan seperti masa tersebut adalah liabiliti pula yg sepatutnya boleh jadi sebagai aset. Ikutkan hati nak je biar PS4 tu depan tv dan mahu je beli game-game lain. Tp ingatlah bahawa belum sampai masa untuk bersenang-senang. Dua game ni adalah dua siri game yang paling saya suka main. Jadi dah main pon sekarang kena fikir kat mana kaki ni berpijak. Pada masa ini, sy tahu, saya masih berpijak di takuk lama, masih lagi seekor tikus yg berlari bak kata Robert Kiyosaki iaitu Rat Race.

Jadi PS4, sampai bertemu lagi, di satu masa nanti. Klu dapat lah, masa dikeluarkan dari kotak nanti ialah masanya, masa yg pada hari ni saya anggap sebagai 'belum sampai masanya'. Macam emo pulak tp ia adalah tempoh yg sy letakkan dalam perjalanan hidup ni untuk sy anggap sy bukan tikus lagi.