Pages

Tuesday, August 23, 2016

Ntah, Mungkin Hal Ehwal Akan Baca Perkara Ni

Saya senaraikan 3 sebab kenapa orang tu tak boleh menjadi Naib Presiden. Maksud saya, Naib Presiden yang cukup bagus.

1. Latar belakang. Dalam struktur organisasi syarikat ini, Naib Presiden adalah orang nombor 2 di bawah CEO.
2. Terdapat beberapa orang yang menjawat jawatan Naib Presiden yang mengetuai Bahagian masing-masing. Jadi CEO mempunyai beberapa orang direct di bawahnya.
3. Orang ni kedudukan dia dalam struktur syarikat jauh lagi untuk jejak ke Naib Presiden tapi anak-anak buahnya beberapa kali kedengaran bergurau jika dia menjadi Naib Presiden atau lebih mudah disebut VP (Vice President).
4. Sebenarnya dah lama saya nk menulis tentang pendapat saya ni sejak dia belum pon menjawat jawatan sekarang.
5. Dia baru naik pangkat menjawat jawatan Pengurus Besar atau mudah disebut GM (General Manager) tp di Bahagian baru. Jika di Bahagian dia sebelum ini, GM adalah direct di bawah Senior General Manager (SGM) yang direct di bawah VP bagi Jabatan-jabatan yang core. Ada juga GM yang direct di bawah VP bagi Jabatan-jabatan lain.
6. Sebab (1) Tidak pernah kerja di bahagian penyelenggaraan. (2) Sejak mula bekerja tidak pernah merasa hidup survive kerana tidak pernah berjauhan drp ibu bapa. (3) Baru ada beberapa anak buah, dah ada yang kena tatatertib, tak dapat bayangkan jika anak buah ada beribu-ribu orang.