Pages

Monday, August 16, 2010

Berbuka di Bulan Ramadhan

Selamat Berpuasa diucapkan kepada anda. Hari ini adalah hari ke 6 rakyat Malaysia menjalani bulan Ramadhan. Dalam sesetengah tempat, ada yang panas terik, ada yang hujan je dan ada juga yang ribut, seperti di Jasin tempoh hari. Bagaimanapun, bulan Ramadhan sentiasa meriah di mana-mana pon, sejak dulu lagi. Saya mendoakan kita bersama-sama dapat menjalani bulan ini dengan efisien. Em hari ni saya nak tulis panjang lagi..

Dalam keadaan lapar dan dahaga, mesti kita gemar untuk berbuka dengan makanan dan minuman yang sedap-sedap. Ada juga yang suka berbuka di hotel-hotel dan restoran-restoran. Kalau beli juadah di bazar pon memang best. Banyak pilihan makanan yang sedap dalam satu tapak lebih kurang bersaiz 50m x 50m memang mengghairahkan. Yang berasap ada, yang basah ada, panas, sejuk, dicucuk, dikepit dan lain-lain serta berwarna-warni :D

Tu di bazar. Saya suka makan di restoran makanan segera gak (memang dasar suka makan). Tapi saya jarang berbuka di tempat-tempat ni sebab lebih berselera berbuka nasi. Tapi sesetengah restoran makanan segera tu tak dinafikan mahal dan lebih mahal daripada makan nasi. Contohnya ialah Nandos kegemaran tu yang sekali makan dalam RM30 (saya suka makan half chicken). Kalau makan nasi dengan RM30 tu, pelbagai lauk dapat dibeli dengan nasi tambah lagi dan minuman.


Hotel pon best. Dulu di jabatan lama, selalu dapat makan di majlis berbuka puasa di hotel-hotel. Nampak je kambing sekor tengah dipanggang pon sure boleh buat kecur air liur. Pelbagai makanan yang sedap, bersih, berkualiti dihidang secara buffet. Puasnya. Cuma banyak hotel yang naikkan harga sampai seperti tidak munasabah seperti RM100 seorang, dapat makan banyak mana kan.

Ntah bila la dapat layan makan di tempat-tempat mahal lagi. (Apa yang boleh aku buat untuk ubah nasib aku ni..) Takkan la setiap tahun nak makan kat tempat-tempat tadi kita berikat perut dulu atau pon macam ni:

"Cukuplah dengan apa yang kita mampu kan sayang.. tak usah membazir...I tak pernah buka di hotel, encem jugak..." atau "Berbuka di hotel tu buang duit je...".

Saya harap anda tak berfikir macam tu. Tu lebih kepada luahan yang memerlukan duit. Sebaliknya saya harap anda berfikir macam ni:

"Minggu depan kita buka di Hilton PJ plak ye sayang.. I dah dapat jana pendapatan tambahan yang stabil..jangan tak tau..." atau "Jom sayang kita berbuka di Nandos, I dah ajak keluarga u datang sekali.."

Ataupon takkan la mengharapkan makan free di hotel tajaan pejabat je? Tak menarik la macam tu. Lama-lama nanti mesti rasa biasa je makan di hotel percuma tajaan orang lain. Yang lagi best, kita sendiri yang belanja. Cuma tak perlu la setiap hari pon di hotel, tu dah tahap Samarinda TV3. Saya maksudkan kalau kita nak makan di mana-mana pon tak perlu 'bayangkan' balance akaun bank. Hotel, restoran, shopping di bazar..dan lain-lain.

Tenun Impian.

Sekurang-kurangnya kita cuba untuk berubah, tidak takut mencuba tambah pendapatan dan semuanya adalah demi diri sendiri dan orang-orang dikasihi. Asik beri alasan sahaja, 'tunggu dan lihat' kejayaan member, dengki bisnes jiran dan segala yang negatif je sampai bila? Mudah-mudahan kita sama-sama dapat cermin diri seperti tengok kredibiliti dan status kita di mata masyarakat serta impian sendiri supaya kita sentiasa dapat perbaiki diri. Semoga kita juga sentiasa merendah diri dan tawakkal dan berusaha mencari rezeki yang halal atas usaha gigih sendiri dan semestinya masyuk sekali.

Seperti yang anda maklum, di sini saya promosikan juga 2 perniagaan yang saya sedang usahakan. Pertama ialah letslimdiet2.blogspot dan kedua let-hyprobulksms.blogspot. Yang pertama tu, untuk jangka masa panjang. Yang kedua lebih sesuai sesiapa yang perlukan suntikan kewangan. Kedua-dua perniagaan ini sangat menguntungkan dan boleh memberi pendapatan pasif juga dengan modal perniagaan yang rendah serta produk yang memang kita boleh gunakan sendiri. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari kedua-dua blog saya tersebut. Kita boleh chatting juga jika anda ada sebarang persoalan.

Ada petikan motivasi memberangsangkan yang menarik perhatian saya iaitu "20 tahun dari sekarang, kita akan lebih menyesali akan perkara-perkara yang kita buat berbanding perkara-perkara yang kita tidak buat." - Mark Twain.

Jom sama-sama plan masa hadapan sendiri.. Tenun Impian anda sendiri..

Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka :)

Wednesday, August 11, 2010

Gagal Bukan Untuk Dihukum

Post kali ini saya nak cerita tentang pandangan saya. Harap saya sentiasa belajar dan apa yang salah silap boleh diperbetulkan sentiasa. Dalam kita mempelajari sesuatu tak kira samada ilmu atau kemahiran atau apa sahaja, kita mesti menghadapi risiko gagal dan gagal. Betul tak?  Sedangkan bayi yang belajar berjalan pon tidak akan pandai berjalan kalau tidak jatuh dulu. Mungkin jatuh terduduk atau tertiarap namun bayi tetap bangun semula, belajar daripada kesilapan dan cuba berjalan lagi. Jatuh lagi. Bangun lagi.

Saya ni bukan pandai bermadah puisi bahasa dan bermotivasi. Saya cuma nak menerangkan bagaimana saya fikir Kegagalan dalam hidup ni adalah sangat diperlukan. Cuba renung sejenak bagaimana hidup ni kalau semua benda yang dilakukan berjaya pada percubaan pertama? Macam tidak seronok kan? Tiada cabaran. Kegagalan harus dianggap sebagai motivasi, pengajaran dan harus diberi pujian kerana sesuatu telah dipelajari. Pada saya kegagalan bukan alasan untuk dihukum.

Dalam perniagaan pun sama juga. Kegagalan tu seperti anak tangga. Mesti dihadapi dan dilepasi. Tanpa menempuhi kegagalan, perniagaan tidak akan berjaya. Gagal sekali bermakna kita dah dapat satu ilmu baru. Gagal lagi bermakna kita dapat lagi ilmu baru. Gagal lagi pada benda yang sama bermakna kita dapat mempertajamkan ilmu yang kita ada. Patut kita mesti sayang kegagalan. Bukan bermakna kegagalan dijadikan sebagai target tetapi sebagai tools untuk berjaya.

Bayangkan jika perniagaan kita berjaya dan kita pun enjoy seperti beli kereta mewah dan laju seperti sports car. Kita kaya, kita mesti bergaya orang kaya! Tidak salah pon bergaya seperti orang kaya kerana memang kita dah berjaya dan jadi orang berduit. Kita berhak enjoy hasil daripada titik peluh kita sendiri. Tapi apa akan jadi andai tiba-tiba perniagaan kita yang berjaya tadi tu lingkup atas sesuatu perkara XXX? Duit nak cover balik perniagaan pun tidak cukup kerana banyak dihabiskan untuk enjoy. Kereta pon terpaksa jual.

Jadi di situ kita dah dapat satu pengajaran antaranya adalah supaya tidak ulang perkara XXX dan juga cara menguruskan kewangan dengan baik. Kemudian perniagaan tadi berjaya, lebih berjaya daripada mula-mula tadi hasil daripada ilmu XXX yang diperolehi. Kemudian adakah kita akan segera beli sports car lagi? atau sebarang high cost liability lagi? Sudah tentu kita akan beli asset pula kali ini tanpa segera beli sports car.

Tapi kenapa ada pihak suka menghukum orang yang gagal? Patutnya orang yang gagal perlu diberi kata-kata semangat dan rangsangan. Bukan semua orang gagal SPM tapi orang yang gagal SPM tu pasti telah dapat pengajaran yang sengat bernilai yang tidak akan diperoleh oleh orang yang lulus SPM. Saya amat pasti tentang ini.

Kalau di sekolah, murid yang buat silap dalam kerja rumah, dimarahi pula. Malah saya juga tidak faham mengapa sesetengah cikgu suka menghukum murid-murid yang buat kesalahan dalam menjawab soalan peperiksaan. Saya pernah belajar dalam satu kelas Matematik di sekolah rendah dulu, di mana cikgu pernah menghukum sesiapa yang tidak dapat markah 100 dalam ujian. Pembaris kuning yang besar dan panjang tu jadi pendek selepas beberapa kali patah selepas memukul tangan beberapa orang murid. Tangan saya pon kena juga tapi masa tu pembaris tu dah pendek. Agaknye pembaris tu dah reput tapi ia patah! Dengan budak-budak pon nak tunjuk garang -_-

Dalam bidang pekerjaan pon sama juga. Saya beri satu senario. Ramai antara kita kerja makan gaji jadi mesti faham perkara ini. Anda dan bos anda kedua-duanya dibayar untuk menyelesaikan masalah bos lebih besar yang menyelesaikan masalah bosnya pula hingga akhirnya semuanya demi Lembaga Pengarah (pemegang saham atau tauke). Bos anda kerja dengan rajin. Anda juga. Tetapi bagaimana jika anda melakukan kesilapan? Kesilapan lagi dan lagi. Mesti kena buang kerja. Padan muka sebab tidak pernah cuba bebaskan diri daripada makan gaji dengan syarikat. Tak pun diberi amaran. Atau dimarahi.

Kenapa? Kenapa mesti dihukum? Yang hukum pon adalah bos anda sendiri juga. Dia pon makan gaji juga. Dia bukan tauke. Dia pon zombie syarikat juga. Tapi demi syarikat, orang-orang yang gagal dan kurang kompeten seringkali dihukum. Dah penat berkorban seikhlas hati demi syarikat untuk dapat gaji ciput tapi disebabkan hasil kerja tidak memuaskan, orang yang berkorban untuk syarikat tu dihukum. Syarikat hanya mahu keuntungan, zombie-zombie yang tidak hebat perlu dihukum. Kalau boleh buang terus kerana syarikat perlukan zombie-zombie yang hebat. Padahal kesemua zombie taat kepada tuannya dengan seluruh jiwa raganya bagai tiada harapan lain selain tuannya jua.

Jika anda buat perniagaan sendiri, adakah anda akan hukum diri anda jika menemui kegagalan? Pasti tidak. Mungkin anda akan buat kajian terhadap kegagalan itu untuk mendapatkan pengajaran dan ilmu baru. Anda pasti berpuas-hati jika dapat menerima dan menghadapai kegagalan dengan positif. Bagaimana pula dengan pekerja-pekerja anda? Adakah akan hukum dan singkirkan zombie-zombie yang gagal!? Jika dah kenalpasti zombie yang buat masalah yang menjadi punca kerugian tapi anda buat tak tahu je,  tidak boleh juga. Anda tauke anda buat pilihan..anda bukan pekerja yang digelar bos oleh pekerja-pekerja bawahan. Yang rugi duit anda, bukan duit syarikat tempat anda bekerja.

Jadi, adakah anda sedang memikirkan diri sendiri? Terus menjadi zombie atau berubah menjadi tuan zombie? Atau dengan kata lainnya, adakah anda ingin terus dihukum apabila menemui harta karun bergelar kegagalan atau adakah anda ingin mendapat faedah apabila menemui harta karun bergelar kegagalan?

Pada saya sendiri, gagal bukan untuk dihukum. Saya mesti keluar dari majoriti orang ramai dengan kerja makan gaji. Agar kegagalan-kegagalan yang ditempuhi dalam apa yang saya usahakan berubah menjadi asset diri yang tidak ternilai.

Wednesday, August 4, 2010

Test Drive BMW

Tengahari tadi saya test drive BMW 320d..di Auto Bavaria Glenmarie, Shah Alam.

Tau x apa maksud 'd'? d ialah diesel. BMW juga mengeluarkan kereta berenjin diesel. Pertama kali dengar perkataan diesel, saya sendiri meragui kredibiliti kereta tersebut. Sebelum ini saya terasa ingin sambar 325i Sports ataupun jika gila sket, saya nak amik 525i Sports. Tapi bila fikir-fikir semula, terfikir bahawa tiada salahnya jika membeli BMW Premium Selection, dan dari model 3 series.

Walaupun bukan baru tapi Auto Bavaria pasti menjaga kualiti kereta-kereta yang dijual. Selain tu, 5 series model yang terbaru pula harganya terlampau tinggi manakala model sedia ada pula sudah sampai ke penghujung zaman glamernya. Di bawah ni perbandingan antara 320d, 320i dan 325i Sports

320d
* 4-cylinder diesel engine with all-aluminium crankcase
* common rail direct injection of the third generation and turbocharger with variable turbine geometry
* capacity: 1,995 cc
* max. power: 130 kW/177 bhp at 4,000 rpm
* max. torque: 350 Nm at 1,750-3,000 rpm
* acceleration [0-100 km/h]: 7.9 seconds (Touring: 8.1 seconds)
* top speed: 230 km/h (228 km/h)
* average fuel consumption (EU): 4.8 litres/100 kilometres (4.9 litres)
* CO2 emissions (EU): 128 g/km (130 g/km)

320i
* in-line 4-cylinder petrol engine with direct injection
* capacity: 1,995 cc
* max. power: 125 kW/170 bhp at 6,700 rpm
* max. torque: 210 Nm at 4,250 rpm
* acceleration [0-100 km/h]: 8.2 seconds (Touring: 8.4 seconds)
* top speed: 228 km/h (226 km/h)
* average fuel consumption (EU): 6.1 litres/100 kilometres (6,2 litres)
* CO2 emissions (EU): 146 g/km (148 g/km)

325i Sports
* in-line 6-cylinder-petrol engine with direct injection
* capacity: 2,996 cc
* max. power: 160 kW/218 bhp at 6,100 rpm
* max. torque: 270 Nm at 2,400-4,200 rpm
* acceleration [0-100 km/h]: 6.7 seconds (Touring: 6.9 seconds)
* top speed: 250 km/h (248 km/h)
* average fuel consumption (EU): 7.1 litres/100 kilometres (7.2 litres)
* CO2 emissions (EU): 170 g/km (173 g/km)

Dari spec kat atas ni, dapat ditunjukkan perbandingan antara 320d dengan 320i. Baru saya tau BMW diesel lagi hebat dari petrol. Mungkin ada kekurangan yang saya tak tahu.. Bagaimanapun, walaupun tadi test drive BMW 320d tapi saya masih simpan harapan 325i Sports kaler hitam. Jika jadi beli tadi, kereta yang saya pandu tu lah yang jadi milik saya. Kaler hitam jugak. Jadi apek tu buat kira-kira untuk saya..Tiba-tiba dia tanya "Mau test drive?". "Okay", jawab saya selamba cover-cover line.

Yang tak bestnya, seronok sampai lupa nak ambil gambar!