Pages

Monday, August 16, 2010

Berbuka di Bulan Ramadhan

Selamat Berpuasa diucapkan kepada anda. Hari ini adalah hari ke 6 rakyat Malaysia menjalani bulan Ramadhan. Dalam sesetengah tempat, ada yang panas terik, ada yang hujan je dan ada juga yang ribut, seperti di Jasin tempoh hari. Bagaimanapun, bulan Ramadhan sentiasa meriah di mana-mana pon, sejak dulu lagi. Saya mendoakan kita bersama-sama dapat menjalani bulan ini dengan efisien. Em hari ni saya nak tulis panjang lagi..

Dalam keadaan lapar dan dahaga, mesti kita gemar untuk berbuka dengan makanan dan minuman yang sedap-sedap. Ada juga yang suka berbuka di hotel-hotel dan restoran-restoran. Kalau beli juadah di bazar pon memang best. Banyak pilihan makanan yang sedap dalam satu tapak lebih kurang bersaiz 50m x 50m memang mengghairahkan. Yang berasap ada, yang basah ada, panas, sejuk, dicucuk, dikepit dan lain-lain serta berwarna-warni :D

Tu di bazar. Saya suka makan di restoran makanan segera gak (memang dasar suka makan). Tapi saya jarang berbuka di tempat-tempat ni sebab lebih berselera berbuka nasi. Tapi sesetengah restoran makanan segera tu tak dinafikan mahal dan lebih mahal daripada makan nasi. Contohnya ialah Nandos kegemaran tu yang sekali makan dalam RM30 (saya suka makan half chicken). Kalau makan nasi dengan RM30 tu, pelbagai lauk dapat dibeli dengan nasi tambah lagi dan minuman.


Hotel pon best. Dulu di jabatan lama, selalu dapat makan di majlis berbuka puasa di hotel-hotel. Nampak je kambing sekor tengah dipanggang pon sure boleh buat kecur air liur. Pelbagai makanan yang sedap, bersih, berkualiti dihidang secara buffet. Puasnya. Cuma banyak hotel yang naikkan harga sampai seperti tidak munasabah seperti RM100 seorang, dapat makan banyak mana kan.

Ntah bila la dapat layan makan di tempat-tempat mahal lagi. (Apa yang boleh aku buat untuk ubah nasib aku ni..) Takkan la setiap tahun nak makan kat tempat-tempat tadi kita berikat perut dulu atau pon macam ni:

"Cukuplah dengan apa yang kita mampu kan sayang.. tak usah membazir...I tak pernah buka di hotel, encem jugak..." atau "Berbuka di hotel tu buang duit je...".

Saya harap anda tak berfikir macam tu. Tu lebih kepada luahan yang memerlukan duit. Sebaliknya saya harap anda berfikir macam ni:

"Minggu depan kita buka di Hilton PJ plak ye sayang.. I dah dapat jana pendapatan tambahan yang stabil..jangan tak tau..." atau "Jom sayang kita berbuka di Nandos, I dah ajak keluarga u datang sekali.."

Ataupon takkan la mengharapkan makan free di hotel tajaan pejabat je? Tak menarik la macam tu. Lama-lama nanti mesti rasa biasa je makan di hotel percuma tajaan orang lain. Yang lagi best, kita sendiri yang belanja. Cuma tak perlu la setiap hari pon di hotel, tu dah tahap Samarinda TV3. Saya maksudkan kalau kita nak makan di mana-mana pon tak perlu 'bayangkan' balance akaun bank. Hotel, restoran, shopping di bazar..dan lain-lain.

Tenun Impian.

Sekurang-kurangnya kita cuba untuk berubah, tidak takut mencuba tambah pendapatan dan semuanya adalah demi diri sendiri dan orang-orang dikasihi. Asik beri alasan sahaja, 'tunggu dan lihat' kejayaan member, dengki bisnes jiran dan segala yang negatif je sampai bila? Mudah-mudahan kita sama-sama dapat cermin diri seperti tengok kredibiliti dan status kita di mata masyarakat serta impian sendiri supaya kita sentiasa dapat perbaiki diri. Semoga kita juga sentiasa merendah diri dan tawakkal dan berusaha mencari rezeki yang halal atas usaha gigih sendiri dan semestinya masyuk sekali.

Seperti yang anda maklum, di sini saya promosikan juga 2 perniagaan yang saya sedang usahakan. Pertama ialah letslimdiet2.blogspot dan kedua let-hyprobulksms.blogspot. Yang pertama tu, untuk jangka masa panjang. Yang kedua lebih sesuai sesiapa yang perlukan suntikan kewangan. Kedua-dua perniagaan ini sangat menguntungkan dan boleh memberi pendapatan pasif juga dengan modal perniagaan yang rendah serta produk yang memang kita boleh gunakan sendiri. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari kedua-dua blog saya tersebut. Kita boleh chatting juga jika anda ada sebarang persoalan.

Ada petikan motivasi memberangsangkan yang menarik perhatian saya iaitu "20 tahun dari sekarang, kita akan lebih menyesali akan perkara-perkara yang kita buat berbanding perkara-perkara yang kita tidak buat." - Mark Twain.

Jom sama-sama plan masa hadapan sendiri.. Tenun Impian anda sendiri..

Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka :)

1 comment:

  1. wahhh.. siap ltak logo nandos lg..

    slmt bpuase utk anda jugak.. :)

    ReplyDelete