Pages

Monday, November 15, 2021

 Bukan kaki blogger. Saja celoteh di sini. Bukan ada pembaca setia pon. 


Hari ni semakin menghampiri akhir tahun 2021. Semoga diri ini tabah menghadapi cabaran mendatang.


Wednesday, March 15, 2017

Dua Game Dah Habis Main, Tikus Masih Berlari

Final Fantasy XV (FFXV) dan Resident Evil 7 (RE7) adalah game-game yang baru je saya habis main di PS4. Kedua-dua game ni memang best dan jika ada masa nak repeat dan dapatkan apa yg masih tertinggal seperti collectibles dan achievements.

Ok. Warning. Spoilers Alert.

FFXV dibeli dalam dua minggu selepas pelancarannya. Ngam-ngam timing cuti akhir tahun yg perlu dihabiskan selama dua minggu. Jadi dua minggu ni balun main FFXV je. Kejap je dah 50 jam, 60 jam, 70 jam dan ending. Pastu boleh lepas ending, dia unlock Umbra untuk 'back to the future' sket. Caranya ialah selepas ending, player boleh kembali ke masa-masa lalu. Dengan adanye si Umbra ni, player boleh main pada waktu yg lepas utk buat apa-apa yang tertinggal. Tapi boleh explore Lucian (peta utama) dan Accordian (Altissa) shj. Yg ni lah yg lama ni. Dari ending dalam lingkungan 70 jam, sampai last main hari tu dah 160 jam lebih, semua Achievement berjaya dapat 100% tapi masih belum dapat collect semua collectibles. Punya lah banyak nanti kalau berkesempatan saya nk buat satu post mengenainya. Sekarang yang paling nampak masih lopong lagi ialah koleksi ikan. Ada 100 jenis ikan yang boleh dipancing. Yg dah dapat cuma 71 jenis sahaja termasuk ikan Noble Arapaima melalui side quest Gladiolus dan Angler's Nightmare di Galdin Quay. Ada 29 jenis ikan lagi! Yg lain-lain seperti Chocobo punya koleksi warna dan pingat, semua jenis upgrade dan mod utk Regalia dan yg kecik-kecik yg lain. Untuk recipe, sy dah dapat semua kecuali tiga recipe yg tertinggal masa sebelum main Holiday Pack dan download DLC 4.05. Holiday Pack ni dah download pd awal waktunya tp tak pernah main sebab tak tau kena install pulak. Jadi masa sy install tu, tempoh main Holiday Pack tinggal dalam 3 4 hari je kot gitu. Dia bagi tempoh sebulan je. Bagaimanapun sempat la dapatkan semua collectibles kecuali yg berbayar punya lah iaitu baju Mexico dan beberapa benda lain seperti senjata kot dan lain-lain. Dalam Holiday Pack ni, boleh dapat dua recipe lagi. Yg terakhir tu sebenarnya sy terlepas masa di Chapter 13 iaitu selepas battle Leviathan dan perlu camp di Niflhelm (tempat lawan Marboro). Tp tak camp masa tu. Dah terlepas. Recipe ni namanya Chilled Food Tin. Tapi sy terasa sedikit kecewa bila versi 4.05 beri secara percuma je terus ada dalam list recipe. Sy dah terfikir utk dapatkannya semasa New Game + (NG+). Takpe lah, ucapkan thank you dan recipe saya complete. Lagi yg belum dibuat ialah kesemua vaults!!! Satu pon tak explore lagi. Ada lapan vaults kot setiap satu jikalau tak silap lah baca dulu ada sekurang-kurangnya 100 tingkat. Cakap pasal vaults, teringat satu optional dungeon ni namanya Pitioss Dungeon. Masa sy main hari tu, straight 5-6 jam tanpa walkthrough. Dalam tu tiada save, kena teruskan, tu lah sampai lama mcm tu. Bila success dungeon ni, dapatlah keluar terus konfiden terus balik ke Regalia. Terus je flight. Terus main-main, landing, crash, game over. Bila load balik, dia load di pintu masuk Pitioss tadi. Belum masuk pon. 5-6 jam sia-sia je. Dah malas nak masuk, ntah bila nak masuk balik. Tapi kalau masuk balik senang je sebab dah tau kat dalam tu. Apa lagi ek.. ada lagi beberapa benda.. nanti lah masukkan sekali dalam post baru tu. Adoi la bila la nak habiskan semua ni.

Resident Evil 7. Wuuuu. Macam berdebar-debar je nak main kan. Memang pon. Siap ketakutan lagi tu. Terbaik lah game ni. Dah beli pada hari launch atau hari kedua ketiga gitu. Malam tu main, Normal difficulty. Main sikit terus rasa uneasy, terus tak main. Sementara tu main FFXV usaha dapatkan collectibles. Tapi last-last beranikan diri main je RE7 ni. Sambung last save point yg mula-mula main sikit tu. Tempoh main 18.56 jam gitu berjaya sampai ending. Ada dua ending. Sy dapat good ending. Tak sanggup buat pilihan utk ending satu lagi tu, tengok-tengok kat internet ending satu lagi tu bad ending.. lebih tepat lg sad ending! xpe lah x rasa pon takpe, baca je bad ending tu kat internet je lah. Lepas ending tu, dia unlock Madhouse, diffiiculty paling mad!. Sy belum main lagi sejak ending hari tu. Ada lah tadi saje main save file Mia dalam kapal. Nak try ambil machine gun yg tertinggal masa gameplay. Dah baca internet dah. Jadi senang je dah sampai almari machine gun tu. Tp molded datang, cakar-cakar, You Died. Load balik, dah tak fokus, kejap je baru main dah You Died dengan serangan molded di bilik pertama lagi. Terus tutup. Lepas ni nak main Madhouse punya level. Dapat Albert 01R masa ending jd rasanya boleh kot redah Madhouse. Kena banyak load la nanti, tu confirm punya. Jika dah habis Madhouse, dia akan unlock infinity ammo kot? Masa tu nak main Easy difficulty untuk Just Get Me Outta Here achievement iaitu gameplay dari mula sampai ending bawah 4 jam. Dan jikalau boleh, try dapatkan Resource Manager achievement iaitu tidak boleh buka Item Box lebih daripada tiga kali! Dan jikalau boleh lagi, nak terus sapu Walk It Off achievement iaitu tidak boleh guna lebih daripada tiga First Aid Med! Nasi baik yg bagusnya Herbs tidak dicount. Fuhhh.. Jadi ada tiga achievement ni. Kalau tak boleh sapu semua dalam satu gameplay, mungkin kena buat dua kali gameplay atau main je tiga kali. Achievement yg lain-lain nampaknye tidak sesusah yg tiga ni. Boleh diusahakan sebab tak susah sangat nampaknye (tak macam Batman: Arkham Knight punya achievement bapak susah dan banyak gila mmg sy tak akan buat 100%. Fikir-fikir lain la kalau dah kaya tak g ofis leh la kot kalau-kalau nak try..tp susah sangat dan time consuming sangat-sangat-sangat, sy surrender). Jadi RE7 akan diusahakan utk 100% achievement.

Selepas ending RE7 dan FFXV, rasanya cukuplah kot buat masa ni. Achievements yg belum dapat tu akan diusahakan juga nanti. InsyaAllah. Tapi memandangkan telah hampir empat bulan saya keluarkan PS4 dari kotaknya dalam setor tu sejak nak main FFXV sampai main RE7 ni. Dua-dua pn dah main sampai ending kan. Forex lama dah ditinggalkan. Banyak dah masa berlalu tanpa sebarang pulangan seperti masa tersebut adalah liabiliti pula yg sepatutnya boleh jadi sebagai aset. Ikutkan hati nak je biar PS4 tu depan tv dan mahu je beli game-game lain. Tp ingatlah bahawa belum sampai masa untuk bersenang-senang. Dua game ni adalah dua siri game yang paling saya suka main. Jadi dah main pon sekarang kena fikir kat mana kaki ni berpijak. Pada masa ini, sy tahu, saya masih berpijak di takuk lama, masih lagi seekor tikus yg berlari bak kata Robert Kiyosaki iaitu Rat Race.

Jadi PS4, sampai bertemu lagi, di satu masa nanti. Klu dapat lah, masa dikeluarkan dari kotak nanti ialah masanya, masa yg pada hari ni saya anggap sebagai 'belum sampai masanya'. Macam emo pulak tp ia adalah tempoh yg sy letakkan dalam perjalanan hidup ni untuk sy anggap sy bukan tikus lagi.










Tuesday, August 23, 2016

Ntah, Mungkin Hal Ehwal Akan Baca Perkara Ni

Saya senaraikan 3 sebab kenapa orang tu tak boleh menjadi Naib Presiden. Maksud saya, Naib Presiden yang cukup bagus.

1. Latar belakang. Dalam struktur organisasi syarikat ini, Naib Presiden adalah orang nombor 2 di bawah CEO.
2. Terdapat beberapa orang yang menjawat jawatan Naib Presiden yang mengetuai Bahagian masing-masing. Jadi CEO mempunyai beberapa orang direct di bawahnya.
3. Orang ni kedudukan dia dalam struktur syarikat jauh lagi untuk jejak ke Naib Presiden tapi anak-anak buahnya beberapa kali kedengaran bergurau jika dia menjadi Naib Presiden atau lebih mudah disebut VP (Vice President).
4. Sebenarnya dah lama saya nk menulis tentang pendapat saya ni sejak dia belum pon menjawat jawatan sekarang.
5. Dia baru naik pangkat menjawat jawatan Pengurus Besar atau mudah disebut GM (General Manager) tp di Bahagian baru. Jika di Bahagian dia sebelum ini, GM adalah direct di bawah Senior General Manager (SGM) yang direct di bawah VP bagi Jabatan-jabatan yang core. Ada juga GM yang direct di bawah VP bagi Jabatan-jabatan lain.
6. Sebab (1) Tidak pernah kerja di bahagian penyelenggaraan. (2) Sejak mula bekerja tidak pernah merasa hidup survive kerana tidak pernah berjauhan drp ibu bapa. (3) Baru ada beberapa anak buah, dah ada yang kena tatatertib, tak dapat bayangkan jika anak buah ada beribu-ribu orang.

Tuesday, May 10, 2016

Vaan (Final Fantasy 12) & Bek (Gods of Egypt)

Poster Gods of Egypt
Poster Final Fantasy 12

SPOILER ALERT

Semasa tengok citer Gods of Egypt, sy perasan watak Bek serupa dengan watak Vaan dalam game PS2 Final Fantasy 12.

Mungkin inspirasi.

Vaan pencuri, Bek pencuri.
Vaan tere sebagai penyeluk saku, Bek pon tere bila ada babak dia curi cincin.
Ada babak Vaan makan epal klu tak silap, Bek pon ada babak pegang epal tp Zaya yang makan kot..tak ingat.
Rambut confirm2 lah sama.
Badan sama, sikap pon lebih kurang je kot.

Bek
Vaan

Malah suasana Egypt pun sama dengan Rabanastre!

Sunday, May 1, 2016

Star Wars: The Force Awaken

SPOILER ALERT

Berikut adalah antara persoalan-persoalan yang timbul dalam otak ni selepas menonton citer Star Wars: The Force Awaken:

1. Siapa ibu bapa Rey? Han Solo & Leia @ Luke Skywalker & unknown wife?
2. Luke Skywalker sedang berdiri di sebelah tomb siapa semasa Rey berjumpa dengannya di pulau First Jedi Temple?
3. Siapa yang tinggalkan Rey di Jakku semasa Rey kecil?
4. Kelihatan seperti Rey lebih memahami Millenium Falcon sendiri berbanding Han Solo..Kenapa?
5. Adakah Han Solo, Leia dan Luke Skywalker kenal siapa Rey yang sebenar?
6. Bagaimana Rey tere piloting Millenium Falcon? Mungkin dia pernah bawak sebelum ni?
7. Rey ada Force, bagaimana pula Finn boleh ada Force juga bila dia pon boleh guna lightsaber?
8. Captain Phasma?

Saturday, June 13, 2015

Masih Ada Lagi

Salam Sejahtera..

Rupanya blog-blog saya masih function lagi.. hehe.. Termasuklah blog-blog bagi perniagaan-perniagaan yg sy pernah terlibat, dah tak aktif tapi taknak delete. Biarlah jadi kenang-kenangan.

Yg relevan sekarang cuma blog eksklusif nama betul saya tu dan juga blog Tenun Impian. :)

Thursday, August 25, 2011

Lirik Tiga Kata - KRU

Lirik Tiga Kata - KRU

Alahai dalam keadaan jiwang2 ni sekali KRU kuar ngn lagu ni plak.. bestnyerr layan.. Okay hayati la lirik tiga kata oleh KRU ni.


Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta

Chorus

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta

Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Ditakdirkan berpisah

Ulang Chorus

(Rap)

Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihatlah di hatimu semua kasih terhimpun dibiarkan terkurung
Jadi luahkan sekarang luahkan

Ulang Chorus

Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta (Aku cinta padamu)

Wo ai ni
I love you


Tiga Kata by KRU
lyrics found at: Google :)

Monday, June 20, 2011

Apa Nak Dikata..

 
Engkaulah emas engkau permata
Aku cuma macam ni saja
Aku mahu bertemankan hidup
Dengan hati ikhlas mulia
Jangan melihatkan gaya
Nanti kita 'kan berdamai

Ukuran baju badan sendiri
Kita tepuk dada ini
Jika dah nasib kita jodoh
Gunung tak lari ke mana
Apa nak kisah mahu hidup
Asal hati baik mulia
Kalau dah memang jadi mungkin
Apa lagi nak dikata

kadang2 kita rasa cinta kita tak berbalas... 




credit to:
apa nak dikata by xpdc
pantai tanjung balau by google :)

Tuesday, June 7, 2011

besok nak kerja..

hampir setiap malam saya memikirkan benda ni.."besok nak kerja".. haha.. boring giler.

korg selalu tak fikir benda yang sama? seronok ke?

atau buat2 seronok?

pergi kerja ke, kerja ke, agaknye ramai antara kita yang buat2 seronok je. yang seronok dilakukan ialah hobi ke, jalan2 ke, buat benda2 yang disukai ke. tapi pergi kerja seronok? tu alasan je kot untuk sedapkan hati pergi kerja..

biar hujan ribut pun pagi tu, kedatangan ke ofis mesti tepat. giloss.

tapi mungkin ada yang betul2 yang seronok pergi kerja. kenapa ek? pasal periuk nasik ke? atau kerja tu memang diminati?


atau hati tu dah dilatih untuk sukakan kerja tu.. sian pulak kat orang2 camni sbb terpaksa.. omputih kata pathetic. apa la, kerja tu bukannye hobi tapi boleh pulak dilatih supaya sukakannye. semata2 untuk jaga hati supaya boleh terus bekerja.

cubicle = jail.. betul ke? tapi kat jail time waktu makan pun makan free.. kui3..

saya pun menganggap diri sendiri pathetic jugak..walaupun xseronok pun rasanya duk kat ofis tu..lg la pathetic pathetic. haha..

erk dah pukul 12.20 dah. ok lah, nak main facebook jap. pastu nak tido, besok nak kerja..

#$&*@#*@&#(#&

ahhh besok pagi nak p main bowling.. mimpi. haha

p.s: dalam mencari gambo yang sesuai nak insert kat sini, saya terjumpa gambo kat atas tu, i love my job tu..sekali bila tengok page asal gambo tu, adalah dari sebuah post yang lebih kurang isinya mengenai topik ni jugak.. haha.. ni link blog yang ada gambo tu http://www.sabreehussin.com/motivasi/dilema-alam-pekerjaan/


Friday, May 20, 2011

act macam ofis sendiri?

Dalam sesebuah ofis, semua orang dibayar gaji, tul tak? mana ada yang tak dibayar gaji..dah nama pun pekerja. lain lah kalau tauke..sendiri yang own ofis tu.

tapi cukup tak suka klu ada boss yang act macam lah ofis tu ofis dia sendiri. annoying la. annoying la sangat bila boss macam ni sound2 anak buah yang tak dapat ikut cara dia.

tau la dia tu bagusss..kerja excellent..big boss sayang tapi tu cara dia. dia nak tip-top keje tu dia punya misi sendiri, dia punya pasal. anak buah tak semestinya bleh ikut ketiptopan dia tu.

dia dah nampak future dia kat position tu bleh la bantai keje dengan passionatenye dan berdedikasi. bagus tu untuk syarikat. dia anggap dia bleh in-control la konon terhadap segala cabaran dia dalam task-task kat ofis tu.

tapi bab2 nak ambil tindakan tu, boss2 ni kena sentiasa ingat yang dia tu pun pekerja jugak, sama macam anak buah. dia bukan tauke, dia bukan lembaga pengarah. dia tu just another zombie..senior one.

kan bagus kalu boss faham situasi anak buah, try menjadi sebagai sebahagian daripada anak buah rather than menjadi sebahagian daripada syarikat. macam kaunselor..klu pesakit nangis, dia pun turut sedih..klu pesakit ketawa, dia pun turut gembira.

bukan bila pesakit luahkan perasaan, dia gelakkan pulak. jadi boss2 ni tak payah la nak ugut ke, nak maki ke, nak naik angin tak tentu pasal ke sebab dia pun pekerja jugak. dia pun ada bigboss, bigboss pun ada boss sampai la ke tauke.

aku rasa boss yang act macam akak2 atau abang2 atau kaunselor lebih direspek dan bleh motivate anak buah untuk insaf berbanding boss yang act macam lah ofis tu ofis dia sendiri.


Saturday, October 30, 2010

Clip Art 4 Months Strategy

Bulan lepas The New Professionals telah melancarkan strategi baru untuk perniagaan New Image. Business Plan masih sama seperti biasa iaitu masih ada lagi Representative, Supervisor, Manager, Ruby, Emerald dan Diamond. Ia dilihat sebagai satu lembaran baru bagi perniagaan ini.

Untuk itu, saya telah buat 1 clip art strategi ini dan masih alter sikit-sikit lagi. Ia akan digunakan di letslimdiet2.blogspot nanti. Fungsinya adalah sebagai juruarah kepada pelawat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang strategi 4 bulan ini. Di bawah adalah logo tersebut :)



Jadi, apakah strategi ini?

Ia adalah untuk menjana pendapatan bulanan RM31400 dengan modal hanya RM1200 sahaja. Pendapatan ini tidak jatuh malah ia adalah pengiraan minimum. Belum termasuk Country Pool, Royalty serta Pelancongan. Jumlah ini boleh dikecapi dengan cepat iaitu pada bulan ke 4 setelah perniagaan dimulakan.

Monday, August 16, 2010

Berbuka di Bulan Ramadhan

Selamat Berpuasa diucapkan kepada anda. Hari ini adalah hari ke 6 rakyat Malaysia menjalani bulan Ramadhan. Dalam sesetengah tempat, ada yang panas terik, ada yang hujan je dan ada juga yang ribut, seperti di Jasin tempoh hari. Bagaimanapun, bulan Ramadhan sentiasa meriah di mana-mana pon, sejak dulu lagi. Saya mendoakan kita bersama-sama dapat menjalani bulan ini dengan efisien. Em hari ni saya nak tulis panjang lagi..

Dalam keadaan lapar dan dahaga, mesti kita gemar untuk berbuka dengan makanan dan minuman yang sedap-sedap. Ada juga yang suka berbuka di hotel-hotel dan restoran-restoran. Kalau beli juadah di bazar pon memang best. Banyak pilihan makanan yang sedap dalam satu tapak lebih kurang bersaiz 50m x 50m memang mengghairahkan. Yang berasap ada, yang basah ada, panas, sejuk, dicucuk, dikepit dan lain-lain serta berwarna-warni :D

Tu di bazar. Saya suka makan di restoran makanan segera gak (memang dasar suka makan). Tapi saya jarang berbuka di tempat-tempat ni sebab lebih berselera berbuka nasi. Tapi sesetengah restoran makanan segera tu tak dinafikan mahal dan lebih mahal daripada makan nasi. Contohnya ialah Nandos kegemaran tu yang sekali makan dalam RM30 (saya suka makan half chicken). Kalau makan nasi dengan RM30 tu, pelbagai lauk dapat dibeli dengan nasi tambah lagi dan minuman.


Hotel pon best. Dulu di jabatan lama, selalu dapat makan di majlis berbuka puasa di hotel-hotel. Nampak je kambing sekor tengah dipanggang pon sure boleh buat kecur air liur. Pelbagai makanan yang sedap, bersih, berkualiti dihidang secara buffet. Puasnya. Cuma banyak hotel yang naikkan harga sampai seperti tidak munasabah seperti RM100 seorang, dapat makan banyak mana kan.

Ntah bila la dapat layan makan di tempat-tempat mahal lagi. (Apa yang boleh aku buat untuk ubah nasib aku ni..) Takkan la setiap tahun nak makan kat tempat-tempat tadi kita berikat perut dulu atau pon macam ni:

"Cukuplah dengan apa yang kita mampu kan sayang.. tak usah membazir...I tak pernah buka di hotel, encem jugak..." atau "Berbuka di hotel tu buang duit je...".

Saya harap anda tak berfikir macam tu. Tu lebih kepada luahan yang memerlukan duit. Sebaliknya saya harap anda berfikir macam ni:

"Minggu depan kita buka di Hilton PJ plak ye sayang.. I dah dapat jana pendapatan tambahan yang stabil..jangan tak tau..." atau "Jom sayang kita berbuka di Nandos, I dah ajak keluarga u datang sekali.."

Ataupon takkan la mengharapkan makan free di hotel tajaan pejabat je? Tak menarik la macam tu. Lama-lama nanti mesti rasa biasa je makan di hotel percuma tajaan orang lain. Yang lagi best, kita sendiri yang belanja. Cuma tak perlu la setiap hari pon di hotel, tu dah tahap Samarinda TV3. Saya maksudkan kalau kita nak makan di mana-mana pon tak perlu 'bayangkan' balance akaun bank. Hotel, restoran, shopping di bazar..dan lain-lain.

Tenun Impian.

Sekurang-kurangnya kita cuba untuk berubah, tidak takut mencuba tambah pendapatan dan semuanya adalah demi diri sendiri dan orang-orang dikasihi. Asik beri alasan sahaja, 'tunggu dan lihat' kejayaan member, dengki bisnes jiran dan segala yang negatif je sampai bila? Mudah-mudahan kita sama-sama dapat cermin diri seperti tengok kredibiliti dan status kita di mata masyarakat serta impian sendiri supaya kita sentiasa dapat perbaiki diri. Semoga kita juga sentiasa merendah diri dan tawakkal dan berusaha mencari rezeki yang halal atas usaha gigih sendiri dan semestinya masyuk sekali.

Seperti yang anda maklum, di sini saya promosikan juga 2 perniagaan yang saya sedang usahakan. Pertama ialah letslimdiet2.blogspot dan kedua let-hyprobulksms.blogspot. Yang pertama tu, untuk jangka masa panjang. Yang kedua lebih sesuai sesiapa yang perlukan suntikan kewangan. Kedua-dua perniagaan ini sangat menguntungkan dan boleh memberi pendapatan pasif juga dengan modal perniagaan yang rendah serta produk yang memang kita boleh gunakan sendiri. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari kedua-dua blog saya tersebut. Kita boleh chatting juga jika anda ada sebarang persoalan.

Ada petikan motivasi memberangsangkan yang menarik perhatian saya iaitu "20 tahun dari sekarang, kita akan lebih menyesali akan perkara-perkara yang kita buat berbanding perkara-perkara yang kita tidak buat." - Mark Twain.

Jom sama-sama plan masa hadapan sendiri.. Tenun Impian anda sendiri..

Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka :)

Wednesday, August 11, 2010

Gagal Bukan Untuk Dihukum

Post kali ini saya nak cerita tentang pandangan saya. Harap saya sentiasa belajar dan apa yang salah silap boleh diperbetulkan sentiasa. Dalam kita mempelajari sesuatu tak kira samada ilmu atau kemahiran atau apa sahaja, kita mesti menghadapi risiko gagal dan gagal. Betul tak?  Sedangkan bayi yang belajar berjalan pon tidak akan pandai berjalan kalau tidak jatuh dulu. Mungkin jatuh terduduk atau tertiarap namun bayi tetap bangun semula, belajar daripada kesilapan dan cuba berjalan lagi. Jatuh lagi. Bangun lagi.

Saya ni bukan pandai bermadah puisi bahasa dan bermotivasi. Saya cuma nak menerangkan bagaimana saya fikir Kegagalan dalam hidup ni adalah sangat diperlukan. Cuba renung sejenak bagaimana hidup ni kalau semua benda yang dilakukan berjaya pada percubaan pertama? Macam tidak seronok kan? Tiada cabaran. Kegagalan harus dianggap sebagai motivasi, pengajaran dan harus diberi pujian kerana sesuatu telah dipelajari. Pada saya kegagalan bukan alasan untuk dihukum.

Dalam perniagaan pun sama juga. Kegagalan tu seperti anak tangga. Mesti dihadapi dan dilepasi. Tanpa menempuhi kegagalan, perniagaan tidak akan berjaya. Gagal sekali bermakna kita dah dapat satu ilmu baru. Gagal lagi bermakna kita dapat lagi ilmu baru. Gagal lagi pada benda yang sama bermakna kita dapat mempertajamkan ilmu yang kita ada. Patut kita mesti sayang kegagalan. Bukan bermakna kegagalan dijadikan sebagai target tetapi sebagai tools untuk berjaya.

Bayangkan jika perniagaan kita berjaya dan kita pun enjoy seperti beli kereta mewah dan laju seperti sports car. Kita kaya, kita mesti bergaya orang kaya! Tidak salah pon bergaya seperti orang kaya kerana memang kita dah berjaya dan jadi orang berduit. Kita berhak enjoy hasil daripada titik peluh kita sendiri. Tapi apa akan jadi andai tiba-tiba perniagaan kita yang berjaya tadi tu lingkup atas sesuatu perkara XXX? Duit nak cover balik perniagaan pun tidak cukup kerana banyak dihabiskan untuk enjoy. Kereta pon terpaksa jual.

Jadi di situ kita dah dapat satu pengajaran antaranya adalah supaya tidak ulang perkara XXX dan juga cara menguruskan kewangan dengan baik. Kemudian perniagaan tadi berjaya, lebih berjaya daripada mula-mula tadi hasil daripada ilmu XXX yang diperolehi. Kemudian adakah kita akan segera beli sports car lagi? atau sebarang high cost liability lagi? Sudah tentu kita akan beli asset pula kali ini tanpa segera beli sports car.

Tapi kenapa ada pihak suka menghukum orang yang gagal? Patutnya orang yang gagal perlu diberi kata-kata semangat dan rangsangan. Bukan semua orang gagal SPM tapi orang yang gagal SPM tu pasti telah dapat pengajaran yang sengat bernilai yang tidak akan diperoleh oleh orang yang lulus SPM. Saya amat pasti tentang ini.

Kalau di sekolah, murid yang buat silap dalam kerja rumah, dimarahi pula. Malah saya juga tidak faham mengapa sesetengah cikgu suka menghukum murid-murid yang buat kesalahan dalam menjawab soalan peperiksaan. Saya pernah belajar dalam satu kelas Matematik di sekolah rendah dulu, di mana cikgu pernah menghukum sesiapa yang tidak dapat markah 100 dalam ujian. Pembaris kuning yang besar dan panjang tu jadi pendek selepas beberapa kali patah selepas memukul tangan beberapa orang murid. Tangan saya pon kena juga tapi masa tu pembaris tu dah pendek. Agaknye pembaris tu dah reput tapi ia patah! Dengan budak-budak pon nak tunjuk garang -_-

Dalam bidang pekerjaan pon sama juga. Saya beri satu senario. Ramai antara kita kerja makan gaji jadi mesti faham perkara ini. Anda dan bos anda kedua-duanya dibayar untuk menyelesaikan masalah bos lebih besar yang menyelesaikan masalah bosnya pula hingga akhirnya semuanya demi Lembaga Pengarah (pemegang saham atau tauke). Bos anda kerja dengan rajin. Anda juga. Tetapi bagaimana jika anda melakukan kesilapan? Kesilapan lagi dan lagi. Mesti kena buang kerja. Padan muka sebab tidak pernah cuba bebaskan diri daripada makan gaji dengan syarikat. Tak pun diberi amaran. Atau dimarahi.

Kenapa? Kenapa mesti dihukum? Yang hukum pon adalah bos anda sendiri juga. Dia pon makan gaji juga. Dia bukan tauke. Dia pon zombie syarikat juga. Tapi demi syarikat, orang-orang yang gagal dan kurang kompeten seringkali dihukum. Dah penat berkorban seikhlas hati demi syarikat untuk dapat gaji ciput tapi disebabkan hasil kerja tidak memuaskan, orang yang berkorban untuk syarikat tu dihukum. Syarikat hanya mahu keuntungan, zombie-zombie yang tidak hebat perlu dihukum. Kalau boleh buang terus kerana syarikat perlukan zombie-zombie yang hebat. Padahal kesemua zombie taat kepada tuannya dengan seluruh jiwa raganya bagai tiada harapan lain selain tuannya jua.

Jika anda buat perniagaan sendiri, adakah anda akan hukum diri anda jika menemui kegagalan? Pasti tidak. Mungkin anda akan buat kajian terhadap kegagalan itu untuk mendapatkan pengajaran dan ilmu baru. Anda pasti berpuas-hati jika dapat menerima dan menghadapai kegagalan dengan positif. Bagaimana pula dengan pekerja-pekerja anda? Adakah akan hukum dan singkirkan zombie-zombie yang gagal!? Jika dah kenalpasti zombie yang buat masalah yang menjadi punca kerugian tapi anda buat tak tahu je,  tidak boleh juga. Anda tauke anda buat pilihan..anda bukan pekerja yang digelar bos oleh pekerja-pekerja bawahan. Yang rugi duit anda, bukan duit syarikat tempat anda bekerja.

Jadi, adakah anda sedang memikirkan diri sendiri? Terus menjadi zombie atau berubah menjadi tuan zombie? Atau dengan kata lainnya, adakah anda ingin terus dihukum apabila menemui harta karun bergelar kegagalan atau adakah anda ingin mendapat faedah apabila menemui harta karun bergelar kegagalan?

Pada saya sendiri, gagal bukan untuk dihukum. Saya mesti keluar dari majoriti orang ramai dengan kerja makan gaji. Agar kegagalan-kegagalan yang ditempuhi dalam apa yang saya usahakan berubah menjadi asset diri yang tidak ternilai.

Wednesday, August 4, 2010

Test Drive BMW

Tengahari tadi saya test drive BMW 320d..di Auto Bavaria Glenmarie, Shah Alam.

Tau x apa maksud 'd'? d ialah diesel. BMW juga mengeluarkan kereta berenjin diesel. Pertama kali dengar perkataan diesel, saya sendiri meragui kredibiliti kereta tersebut. Sebelum ini saya terasa ingin sambar 325i Sports ataupun jika gila sket, saya nak amik 525i Sports. Tapi bila fikir-fikir semula, terfikir bahawa tiada salahnya jika membeli BMW Premium Selection, dan dari model 3 series.

Walaupun bukan baru tapi Auto Bavaria pasti menjaga kualiti kereta-kereta yang dijual. Selain tu, 5 series model yang terbaru pula harganya terlampau tinggi manakala model sedia ada pula sudah sampai ke penghujung zaman glamernya. Di bawah ni perbandingan antara 320d, 320i dan 325i Sports

320d
* 4-cylinder diesel engine with all-aluminium crankcase
* common rail direct injection of the third generation and turbocharger with variable turbine geometry
* capacity: 1,995 cc
* max. power: 130 kW/177 bhp at 4,000 rpm
* max. torque: 350 Nm at 1,750-3,000 rpm
* acceleration [0-100 km/h]: 7.9 seconds (Touring: 8.1 seconds)
* top speed: 230 km/h (228 km/h)
* average fuel consumption (EU): 4.8 litres/100 kilometres (4.9 litres)
* CO2 emissions (EU): 128 g/km (130 g/km)

320i
* in-line 4-cylinder petrol engine with direct injection
* capacity: 1,995 cc
* max. power: 125 kW/170 bhp at 6,700 rpm
* max. torque: 210 Nm at 4,250 rpm
* acceleration [0-100 km/h]: 8.2 seconds (Touring: 8.4 seconds)
* top speed: 228 km/h (226 km/h)
* average fuel consumption (EU): 6.1 litres/100 kilometres (6,2 litres)
* CO2 emissions (EU): 146 g/km (148 g/km)

325i Sports
* in-line 6-cylinder-petrol engine with direct injection
* capacity: 2,996 cc
* max. power: 160 kW/218 bhp at 6,100 rpm
* max. torque: 270 Nm at 2,400-4,200 rpm
* acceleration [0-100 km/h]: 6.7 seconds (Touring: 6.9 seconds)
* top speed: 250 km/h (248 km/h)
* average fuel consumption (EU): 7.1 litres/100 kilometres (7.2 litres)
* CO2 emissions (EU): 170 g/km (173 g/km)

Dari spec kat atas ni, dapat ditunjukkan perbandingan antara 320d dengan 320i. Baru saya tau BMW diesel lagi hebat dari petrol. Mungkin ada kekurangan yang saya tak tahu.. Bagaimanapun, walaupun tadi test drive BMW 320d tapi saya masih simpan harapan 325i Sports kaler hitam. Jika jadi beli tadi, kereta yang saya pandu tu lah yang jadi milik saya. Kaler hitam jugak. Jadi apek tu buat kira-kira untuk saya..Tiba-tiba dia tanya "Mau test drive?". "Okay", jawab saya selamba cover-cover line.

Yang tak bestnya, seronok sampai lupa nak ambil gambar!

Sunday, July 25, 2010

The New Professionals Training Kedua

Seperti yang saya post hari tu, 25 Julai 2010 ada event. Hari ini hari yang penting. Kenapa penting sebab hari ni ada The New Professionals Training yang kedua. Training ini adalah untuk perniagaan saya di letslimdiet2.blogspot.

Training pertama bulan lepas saya tidak dapat pergi atas sebab-sebab tertentu. Banyak perkara saya terlepas. Jadi untuk bulan ini saya akhirnya dapat p gak..insyaAllah.

Training ini dianjurkan oleh para upline dalam NZ New Image. Ia diadakan di Plenary Theater, KLCC. Mereka bersama-sama keluarkan duit sewa tempat tersebut untuk kami para pengedar. Tempat tersebut adalah tempat yang sama dengan training pertama tapi kali ini diadakan pagi hingga petang.

Untuk pengetahuan anda, bayaran di KLCC adalah sangat mahal. Nanti jika berkesempatan saya postkan harganya. Saya dengar-dengar oleh kerana harga yang tinggi itu, tiada pihak yang sewa tempat itu setiap bulan. Ia adalah tempat persidangan antarabangsa diadakan. Bagaimanapun, ia kini menjadi tempat para pengedar Slim Diet 2 dan Alpha Lipid Lifeline berhimpun dan belajar, setiap bulan.

Dengar cerita, dalam The New Professionals Training ini nanti akan diperkenalkan sebuah sistem yang dapat membantu para pengedar dalam perniagaan ini. Sistem ini dikatakan sangat berkesan sehingga sifu en Nik Hafiz begitu yakin untuk melahirkan 500 Ruby pada akhir tahun ini. Untuk Ruby, pendapatan adalah sekitar RM5000 hingga RM8000 sebulan, boleh dilakukan secara part-time.

Mudah-mudahan diberkati. Saya juga faham bahawa ia bukan jaminan kejayaan tapi sekurang-kurangnya usaha ke arah itu sentiasa dilakukan. Ilmu tanpa amal memang tidak membawa keuntungan. Pergi nanti dengan harapan dapat belajar sebanyak-banyaknya dan bawa pulang sebanyak-banyak ilmu untuk diulangkaji dan diamalkan.

Kali ini acara akan bermula pada jam 11pg dan ada lunch break jam 1tgh - 230ptg. Kemudian di sambung pula hingga jam 5ptg. Kali pertama hari itu diadakan pada waktu petang sahaja. Mungkin hari tu compact sangat atau ada yang tidak sempat disampaikan jadi ditambah dari pagi hingga petang.

Kenapa training ini dinamakan The New Professionals Training akan difahami nanti.