Pages

Sunday, July 25, 2010

The New Professionals Training Kedua

Seperti yang saya post hari tu, 25 Julai 2010 ada event. Hari ini hari yang penting. Kenapa penting sebab hari ni ada The New Professionals Training yang kedua. Training ini adalah untuk perniagaan saya di letslimdiet2.blogspot.

Training pertama bulan lepas saya tidak dapat pergi atas sebab-sebab tertentu. Banyak perkara saya terlepas. Jadi untuk bulan ini saya akhirnya dapat p gak..insyaAllah.

Training ini dianjurkan oleh para upline dalam NZ New Image. Ia diadakan di Plenary Theater, KLCC. Mereka bersama-sama keluarkan duit sewa tempat tersebut untuk kami para pengedar. Tempat tersebut adalah tempat yang sama dengan training pertama tapi kali ini diadakan pagi hingga petang.

Untuk pengetahuan anda, bayaran di KLCC adalah sangat mahal. Nanti jika berkesempatan saya postkan harganya. Saya dengar-dengar oleh kerana harga yang tinggi itu, tiada pihak yang sewa tempat itu setiap bulan. Ia adalah tempat persidangan antarabangsa diadakan. Bagaimanapun, ia kini menjadi tempat para pengedar Slim Diet 2 dan Alpha Lipid Lifeline berhimpun dan belajar, setiap bulan.

Dengar cerita, dalam The New Professionals Training ini nanti akan diperkenalkan sebuah sistem yang dapat membantu para pengedar dalam perniagaan ini. Sistem ini dikatakan sangat berkesan sehingga sifu en Nik Hafiz begitu yakin untuk melahirkan 500 Ruby pada akhir tahun ini. Untuk Ruby, pendapatan adalah sekitar RM5000 hingga RM8000 sebulan, boleh dilakukan secara part-time.

Mudah-mudahan diberkati. Saya juga faham bahawa ia bukan jaminan kejayaan tapi sekurang-kurangnya usaha ke arah itu sentiasa dilakukan. Ilmu tanpa amal memang tidak membawa keuntungan. Pergi nanti dengan harapan dapat belajar sebanyak-banyaknya dan bawa pulang sebanyak-banyak ilmu untuk diulangkaji dan diamalkan.

Kali ini acara akan bermula pada jam 11pg dan ada lunch break jam 1tgh - 230ptg. Kemudian di sambung pula hingga jam 5ptg. Kali pertama hari itu diadakan pada waktu petang sahaja. Mungkin hari tu compact sangat atau ada yang tidak sempat disampaikan jadi ditambah dari pagi hingga petang.

Kenapa training ini dinamakan The New Professionals Training akan difahami nanti.

2 comments:

  1. hye.. i already follow ur blog.. :)
    thx 4 ur comment.. :)

    ReplyDelete
  2. hi Ms R.. thanks a lot. welcome to my journey:), lets see how things going

    ReplyDelete