Pages

Wednesday, August 11, 2010

Gagal Bukan Untuk Dihukum

Post kali ini saya nak cerita tentang pandangan saya. Harap saya sentiasa belajar dan apa yang salah silap boleh diperbetulkan sentiasa. Dalam kita mempelajari sesuatu tak kira samada ilmu atau kemahiran atau apa sahaja, kita mesti menghadapi risiko gagal dan gagal. Betul tak?  Sedangkan bayi yang belajar berjalan pon tidak akan pandai berjalan kalau tidak jatuh dulu. Mungkin jatuh terduduk atau tertiarap namun bayi tetap bangun semula, belajar daripada kesilapan dan cuba berjalan lagi. Jatuh lagi. Bangun lagi.

Saya ni bukan pandai bermadah puisi bahasa dan bermotivasi. Saya cuma nak menerangkan bagaimana saya fikir Kegagalan dalam hidup ni adalah sangat diperlukan. Cuba renung sejenak bagaimana hidup ni kalau semua benda yang dilakukan berjaya pada percubaan pertama? Macam tidak seronok kan? Tiada cabaran. Kegagalan harus dianggap sebagai motivasi, pengajaran dan harus diberi pujian kerana sesuatu telah dipelajari. Pada saya kegagalan bukan alasan untuk dihukum.

Dalam perniagaan pun sama juga. Kegagalan tu seperti anak tangga. Mesti dihadapi dan dilepasi. Tanpa menempuhi kegagalan, perniagaan tidak akan berjaya. Gagal sekali bermakna kita dah dapat satu ilmu baru. Gagal lagi bermakna kita dapat lagi ilmu baru. Gagal lagi pada benda yang sama bermakna kita dapat mempertajamkan ilmu yang kita ada. Patut kita mesti sayang kegagalan. Bukan bermakna kegagalan dijadikan sebagai target tetapi sebagai tools untuk berjaya.

Bayangkan jika perniagaan kita berjaya dan kita pun enjoy seperti beli kereta mewah dan laju seperti sports car. Kita kaya, kita mesti bergaya orang kaya! Tidak salah pon bergaya seperti orang kaya kerana memang kita dah berjaya dan jadi orang berduit. Kita berhak enjoy hasil daripada titik peluh kita sendiri. Tapi apa akan jadi andai tiba-tiba perniagaan kita yang berjaya tadi tu lingkup atas sesuatu perkara XXX? Duit nak cover balik perniagaan pun tidak cukup kerana banyak dihabiskan untuk enjoy. Kereta pon terpaksa jual.

Jadi di situ kita dah dapat satu pengajaran antaranya adalah supaya tidak ulang perkara XXX dan juga cara menguruskan kewangan dengan baik. Kemudian perniagaan tadi berjaya, lebih berjaya daripada mula-mula tadi hasil daripada ilmu XXX yang diperolehi. Kemudian adakah kita akan segera beli sports car lagi? atau sebarang high cost liability lagi? Sudah tentu kita akan beli asset pula kali ini tanpa segera beli sports car.

Tapi kenapa ada pihak suka menghukum orang yang gagal? Patutnya orang yang gagal perlu diberi kata-kata semangat dan rangsangan. Bukan semua orang gagal SPM tapi orang yang gagal SPM tu pasti telah dapat pengajaran yang sengat bernilai yang tidak akan diperoleh oleh orang yang lulus SPM. Saya amat pasti tentang ini.

Kalau di sekolah, murid yang buat silap dalam kerja rumah, dimarahi pula. Malah saya juga tidak faham mengapa sesetengah cikgu suka menghukum murid-murid yang buat kesalahan dalam menjawab soalan peperiksaan. Saya pernah belajar dalam satu kelas Matematik di sekolah rendah dulu, di mana cikgu pernah menghukum sesiapa yang tidak dapat markah 100 dalam ujian. Pembaris kuning yang besar dan panjang tu jadi pendek selepas beberapa kali patah selepas memukul tangan beberapa orang murid. Tangan saya pon kena juga tapi masa tu pembaris tu dah pendek. Agaknye pembaris tu dah reput tapi ia patah! Dengan budak-budak pon nak tunjuk garang -_-

Dalam bidang pekerjaan pon sama juga. Saya beri satu senario. Ramai antara kita kerja makan gaji jadi mesti faham perkara ini. Anda dan bos anda kedua-duanya dibayar untuk menyelesaikan masalah bos lebih besar yang menyelesaikan masalah bosnya pula hingga akhirnya semuanya demi Lembaga Pengarah (pemegang saham atau tauke). Bos anda kerja dengan rajin. Anda juga. Tetapi bagaimana jika anda melakukan kesilapan? Kesilapan lagi dan lagi. Mesti kena buang kerja. Padan muka sebab tidak pernah cuba bebaskan diri daripada makan gaji dengan syarikat. Tak pun diberi amaran. Atau dimarahi.

Kenapa? Kenapa mesti dihukum? Yang hukum pon adalah bos anda sendiri juga. Dia pon makan gaji juga. Dia bukan tauke. Dia pon zombie syarikat juga. Tapi demi syarikat, orang-orang yang gagal dan kurang kompeten seringkali dihukum. Dah penat berkorban seikhlas hati demi syarikat untuk dapat gaji ciput tapi disebabkan hasil kerja tidak memuaskan, orang yang berkorban untuk syarikat tu dihukum. Syarikat hanya mahu keuntungan, zombie-zombie yang tidak hebat perlu dihukum. Kalau boleh buang terus kerana syarikat perlukan zombie-zombie yang hebat. Padahal kesemua zombie taat kepada tuannya dengan seluruh jiwa raganya bagai tiada harapan lain selain tuannya jua.

Jika anda buat perniagaan sendiri, adakah anda akan hukum diri anda jika menemui kegagalan? Pasti tidak. Mungkin anda akan buat kajian terhadap kegagalan itu untuk mendapatkan pengajaran dan ilmu baru. Anda pasti berpuas-hati jika dapat menerima dan menghadapai kegagalan dengan positif. Bagaimana pula dengan pekerja-pekerja anda? Adakah akan hukum dan singkirkan zombie-zombie yang gagal!? Jika dah kenalpasti zombie yang buat masalah yang menjadi punca kerugian tapi anda buat tak tahu je,  tidak boleh juga. Anda tauke anda buat pilihan..anda bukan pekerja yang digelar bos oleh pekerja-pekerja bawahan. Yang rugi duit anda, bukan duit syarikat tempat anda bekerja.

Jadi, adakah anda sedang memikirkan diri sendiri? Terus menjadi zombie atau berubah menjadi tuan zombie? Atau dengan kata lainnya, adakah anda ingin terus dihukum apabila menemui harta karun bergelar kegagalan atau adakah anda ingin mendapat faedah apabila menemui harta karun bergelar kegagalan?

Pada saya sendiri, gagal bukan untuk dihukum. Saya mesti keluar dari majoriti orang ramai dengan kerja makan gaji. Agar kegagalan-kegagalan yang ditempuhi dalam apa yang saya usahakan berubah menjadi asset diri yang tidak ternilai.

4 comments:

  1. kwn2 sek sy dlu yg setakat SAP ms spmv, skrg nmpk dh berjaye, dh ade bisnes sndiri..

    psl cikgu2 yg mgajar ni, sy xdela nk komen sgt sbb x pndai sgt bab2 ni kn, tp klu cikgu2 mgajar dlm keadaan yg fun, msti anak murid sronok, rs x tertekan..

    ReplyDelete
  2. hi Miss R. tqvm for reading and commenting. tak sangka secepat ni awak dah baca:)

    saya masih lagi tambah-tambah bahan dlm post ni, pttnya sy save as draft dulu.. pengajaran ni :)

    tul, cikgu yg mengajar dlm keadaan yg fun mesti seronok. bos pon patutnye handle anak buat dlm keadaan yg boleh diterima hati.

    mmg sepatutnya kegagalan bukan alasan utk dihukum..

    ReplyDelete
  3. panjang sgt.... tgu nnt free br aku bc k.... huhuhu

    ReplyDelete
  4. tq en iwan.. posting menarik ni.. :)

    cepat2 la free ye.. ehehe..

    ReplyDelete