Pages

Wednesday, June 30, 2010

Bercuti di Afrika Selatan

Ingat tak pengalaman anda pergi ke Cameron Highland atau Genting Highland? Sejuk kan. Suhu kedua-dua tempat tu ialah dalam 16 darjah celcius. Teringat saya pertama kali naik Cameron Highland, siap pakai jaket. Masa ronda-ronda sampai ternaik Genting pon saya rasa bernasib-baik kerana ada jaket dalam kereta. Sejuk woo..

Terfikir juga saya ingin bercuti ke negara panas Afrika. Selalu keluar kat drama cerita bisnes sampai ke Cape Town, Afrika Selatan. Nampak macam best lak tempat tu. Walaupun panas, tapi pemandangan cantik dan bisnes pon boleh jalan kat sana...

Afrika terkenal dengan kawasan panas sebab kita selalu tengok National Geographic dokumentari haiwan di kawasan kemarau dan kering. Mungkin juga seluruh Afrika adalah panas. Tanpa mengingatkan peta, saya agak Afrika Selatan beriklim khatulistiwa, macam Malaysia (mencecah 34 darjah celcius, malam boleh serendah 25 darjah celcius).

Tapi sempena Piala Dunia 2010 ni, semasa saya tengok perlawanan bola, saya lihat keadaan stadium dan padang seperti di negara-negara sejuk Eropah. Malah ada yang pakai jaket tebal sama kat Eropah. Maka saya pon search 'south africa temperature'.

Rupa-rupanya bulan Jun hingga Ogos adalah tempoh masa suhu paling rendah Afrika Selatan. Pada tempoh ini, suhu di sana mencecah serendah 7 darjah celsius!! Malah, suhu paling tinggi adalah sekitar Disember hingga Februari iaitu sekitar 30 darjah celcius sahaja!! Afrika..Afrika khatulistiwa tapi sejuk!


Cemburu ke? Afrika Selatan juga bukan beriklim khatulistiwa. Ini membuatkan saya semakin berkobar-kobar nak bercuti di sana XD

No comments:

Post a Comment