Pages

Monday, July 5, 2010

"Masalah tak fokus - permudahkan hidup kita setiap hari", Irfan Khairi


Tadi saya baca Tips Irfan Khairi bertajuk 'Masalah tak fokus - permudahkan hidup kita setiap hari'. Beliau berkata, "Fokuskan kepada apa yang anda tulis sahaja. Pada kertas tersebut, sebolehnya hanya mengandungi 3 kerja besar yang perlu anda lakukan hari ini. 3 kerja sederhana dan 3 kerja kecil untuk hari ini".

Memang masalah kalu perkara2 yang diplan tapi tak buat. Saya tulis plan dalam Microsoft Outlook dan handphone. Tapi susah betul nak ikut plan tu. Ada sahaja benda yang menghalang (alasan sebenar ialah BERTANGGUH).

Mungkin jika tulis plan dalam notepad sebenar, yang boleh dipegang dan diconteng, lebih mudah idea, planning dan edit plan dicatatkan. Jika nak bertangguh pun, seperti reminder plak bila dapat pegang notepad tu.

No comments:

Post a Comment