Pages

Tuesday, July 20, 2010

Aku dan Blog

Aku ada 4 blog buat masa ni. Asalnya hendak buat 1 je tapi sekarang dah jadi 4 pulak. Daripada tidak minat dengan blog, sekarang ni hari-hari bukak blog sendiri dan blog-blog rakan-rakan.

Blog pertama aku ialah blog ini iaitu Tenun Impian. Blog ini dibuat pada September 2009. Masa tu ia dibuat saje-saje je. Masa tu baru join NZ New Image dan Hyprobulksms. Kononnya nak catat perjalanan menuju puncak kejayaan. Tapi lama-kelamaan aku fikir ada eloknya jika blog ini dijadikan juga sebagai blog 'baris hadapan' kepada bis-bis aku. - tenunimpian.blogspot

Blog kedua aku buat khas untuk produk terbaru New Image iaitu Slim Diet 2 dan Aplha Lipid. Aku rasa dengan buat blog ni, aku dapat promot produk aku tanpa jumpa orang. Masa tu jugak, aku nak cuba try bisnes MLM secara online kerana kelemahan aku ialah tidak pandai berkata-kata dan paling susah ialah tidak pandai membuat appointment. - letslimdiet2.blospot

Blog ketiga aku ialah khas untuk Hyprobulksms. Bisnes ini adalah bisnes online dan ialah affiliate bis. Boleh juga dijalankan secara offline jika hendak berjumpa prospek. Tapi disebabkan produknya adalah produk online, closing boleh dilakukan secara online juga. Jadi aku buat blog itu dengan harapan dapat promosikan link affiliate hyprobulk aku tu.- let-hyprobulksms.blogspot

Blog keempat aku baru sahaja dibuat semalam. Blog ini adalah sebagai diari aku sahaja. Itu yang aku rancangkan sekarang. Tapi mana tau satu hari nanti aku publishkan blog tu. Mungkin bila aku dah berjaya nanti jika hendak buat buku biografi mana lagi maklumat yang boleh dicari melainkan salah satunya adalah blog keempat aku tu.. Hari ini ia diari.

Setelah buat seketika berblog, aku dapati bahawa blog ini adalah Tools yang sangat power. Tak kira apa tujuan sesebuah blog tapi blog dapat mempromosikan apa-apa sahaja tulisan penulis secara global dan cepat. Apalagi untuk bisnes, blog dapat memainkan peranan yang besar dalam kejayaan sesebuah bisnes. Blog seumpama tentera baris hadapan untuk menambah kenalan dan contacts.

Semua blog aku ditulis dengan Blogger. Aku tak pandai lagi berblog-blog ni cuma setakat hari ini, inilah yang mampu aku buat. Aku selalu juga jumpa blog Wordpress dan banyak juga jumpa page yang menerangkan How To untuk Wordpress. Yang aku tahu, Blogger free je. Tapi aku tak tahu samada Wordpress tu berbayar atau tidak, belum explore lagi. 

Setelah aku terlibat dengan blog, aku dapati bahawa aku dapat keep track segala perancangan aku..juga dapat mengawal aku agar tidak terpesong dari matlamat asal. Dengan baca semula post-post yang lepas, semakin lama semakin aku dapat memperjelaskan matlamat, perancangan dan perkara-perkara penting dalam aktiviti-aktiviti harian aku.

Berblog juga memakan masa dan tenaga. Tapi demi impian aku, aku teruskan usaha berblog. Semoga usaha aku di sini tidak sia-sia malah memberi pulangan yang aku harapkan.

No comments:

Post a Comment