Pages

Saturday, July 10, 2010

BMW di Quill Automobiles Sdn Bhd

Semalam setelah beberapa kali tertangguh akhirnya dapat gak saya p Quill Automobiles Sdn Bhd, PJ. Terletak kat ngn area Seksyen 14 di bangunan baru bernama Quill 9, kedai mewah ni telah buatkan saya ngn member terasa sket malu-malu kucing semasa mula nak masuk pintu utama tu. Selepas masuk, sambil jalan sambil senyum penuh yakin kat kakak kaunter tu (mesti buat-buat yakin, klu xnak dia pandang sebelah mata je ;p)

Kedai ni adalah 4S Center BMW baru. 4S adalah singkatan bagi Sales, Service, System and Spare Parts. Senang cakap ia adalah kedai BMW. Kat kedai ni, selain ditawarkan kereta-kereta BMW baru tapi juga second hand melalui program BMW Premium Selection.

Jadi, apa yang saya buat kat kedai ni? Mestilah p usya-usya BMW dan dapatkan beberapa maklumat pembelian. Pertama sekali yang saya tengok ialah X6 baru. Ada 1 je di situ dan kaler maroon. X6 memang sah-sah mahal tapi disebabkan ia paling dekat dengan laluan saya jadi saya tersangkut kat situ dulu.

Selepas tu, saya tengok pelbagai jenis siri BMW seperti 1 series, 3 series dan 5 series. Juga ada sebuah model M3 baru, yang nampak jahat tu dan kaler putih. Yang mana menarik perhatian, saya tengok lama sket. Menyentuh kereta-kereta tu buat tambah geram je.

Dah tu, pas berlegar-legar kat area kereta-kereta baru, kitorang p kat area Premium Selection lak. Di sini baru la ada 7 series. Banyak kereta-kereta second hand kat situ termasuk la klu tak silap saya sebuah Z4 Roadster berkaler silver.

Pastu kitorang patah balik ke area kereta baru semula. Tengok-tengok lagi dan saya pun mula Tenun Impian dan mula membuat 'niche', masa untuk touch-up lagi impian. Hehe. Sambil-sambil berangan tu, setelah dapat beberapa flyer saya pon p ke area konsultansi.

Lupa plak nak tanya sapa nama apek tu tapi dia memberi penerangan dan jawapan yang jelas dan menyejukkan hati. Maksudnya layanan terhadap anak-anak muda yang ntah mampu atau tak yang datang melawat ni, dia tidak sombong, tidak begitu sombong sebenarnya hehehe. Saya nak tahu bayaran beli BMW daripadanya.

Menurutnya, semua kereta baru boleh dibeli dengan keperluan minimum bayaran muka 10% dan ikat selama 9 tahun. Seingat saya semua loan BMW di situ adalah dengan interest 3% setahun (3% sahaja, dan ia kereta import ok) untuk kereta idaman sedunia ini. Beliau juga menjawab soalan terhadap kualiti kereta Premium Selection iaitu kualitinya depends on pengguna lepas. Tapi saya berminat terhadap kereta baru, alang-alang berangan.

Setelah mendapat jawapan kepada beberapa persoalan yang selama ni bermain kat kepala, kitorang pon balik. Akhir sekali, saya pergi ke mesin tiket, bayar RM3 (bayaran 2 jam pertama) dan beredar dari situ dengan harapan dan debaran baru :) Rupanya bayaran beli BMW ni tidak seperti nak memetik bintang! Next, kami plan nak pergi ke showroom Mercedes-Benz pula sebelum usya-usya Type-R dan Evo nanti.

2 comments:

  1. 3% je? rendah jugak, tp tgok la harge kereta kn kn kn..

    ReplyDelete
  2. rendah kan.. mmg mahal harganye tapi byrn bulanan omputih kata still achievable.. hehe

    ReplyDelete